Jumaat, 30 Disember 2011

Password

Kepada Adikanda-Adikanda Kak So,

Kalaulah sesuatu terjadi kepada KakakAnda ini, 

sukacita sekiranya dapat menukarkan kan password Kak So kepada Nama Encik... 

iaitu halaman-halaman sosial yang Kak So miliki...

 Selain daripada halaman ini, Encik tahu password Kak So... 

Sekian, 
satu amanat untuk Adikanda yang Kak So sayangi...

Selasa, 27 Disember 2011

Rupanya Orang Pregnant memang camni -

Bila adik-adik Kak So pregnant kan...
Entah kenapa mereka-mereka ni macam Benci Kak So...
Wokeyyy Bila perasaan Benci terlalu kuat, kita manusia biasa dapat merasainya... seperti juga perasaan cinta, begitu juga perasaan benci...
Mula-mula dulu Kak So tak paham sangat... "Pasal apa ni... tak per la... biarlah" kata Kak So dalam hati
Benci-benci sangat pon mereka tetap adik-adik Kak So juga...


Jumaat, 23 Disember 2011

BASIKAL KAK SO

Kak So tak ingat la bila Abah dan emak Kak So belikan Basikal ini.. seingat Kak So, Kak So merengek nak basikal.. tak tahu berapa lama Kak So merengek nak basikal tu....

"Niat : Sahaja aku nak basikal kerana nak bawa adikanda-adikanda ku berjalan-jalan dan pergi mengaji...."


Isnin, 19 Disember 2011

Kasihan Cucu ku tinggal dalam Hutan - ?????

"kasihan cucuku duduk dekat hutan, tiada manusia" kata Atok sambil mengalir air mata dihadapan Kak So... Kak So sendiri turut menitiskan airmata, tiada kata dapat Kak So luahkan atas keprihatinan dan kerisauan dia melihat cucu pertama dia ini tinggal 'dalam hutan'...


Jumaat, 16 Disember 2011

si comei cakap "Assalamualaikum Mak!!!!!"

Cuti Sultan Selangor hari tu, Kak So dan Encik tiada aktiviti... So kami pusing-pusing bandar kapar hingga la ke Klang... Ingat nak merempit dengan Fz150i jer, boleh cilok kiri kanan, tapi memandangkan hari tak menentu naik jer la kenderaan roda empat...

habis meronda pekan kapar, .. Encik cadangkan pergi lawatan berhemah ke JJ (jaya Jusco) ler... Rindu katanya... pusing-pusing JJ tu abis dah... bosan pulok... ehhh 'Encik tak solat lagi ler'... So kak So ambil kesempatan ini masuk kedai buku  sementara menunggu Encik solat A'sar...


Khamis, 15 Disember 2011

Selamat Datang ya Ahmad Faiz

Selamat datang - selamat datang ya Ahmad Faiz.... *Gumbira* rasa nak lompat-lompat pelok ahmad faiz hehehehe

Selasa, 13 Disember 2011

Ahad, 11 Disember 2011

Rabu, 7 Disember 2011

Mertua vs. Menantu

apa la yang best sangat mentua dan menantu tu sembang kan hehehehe.. 



TENGOK TU best bebenor sembang sampai muncung mulut Bonda hehehehe...

Gambar ini diambil semasa Espo MAHA 2010


Isnin, 5 Disember 2011

Sudah Bertaranumkah Adikanda Kak So semua dengan Bonda Tercinta kita ?

Beberapa bulan ini...

Sungguh Kak So sentiasa rasa kecil hati...
kerana terasa ruginya Kak So tidak dapat bertaranum bersama Bonda tercinta..

Semasa kecil puas sudah Bonda mengajar Alquran sampai pandai membaca...
Maka sepatutnya pada waktu ini, mengambil peluang pula untuk sama-sama mendendangkan ayat alquran yang penuh indah ini bersama-sama Bonda tercinta..

Anda bagaimana pula Adikanda-Adikanda Kak So?



Jumaat, 2 Disember 2011

Mak dan Kucingnya

Mak,

masa baru-baru menikah ngan abah, kan tiada kawan nak bersembang... lalu mak pun belalah kucing,


Rabu, 30 November 2011

Katekyō Hitman Reborn! (家庭教師ヒットマンREBORN!

Kak So marathon cerita ini selama seminggu Encik Tiada... kah kah kah... ketagih.... korang yang tak minat "anime" jangan ngata tau... hehehehe

apa moral cerita kat sini... Kesetian pada kawan, tolak ansur, menerima siapa itu kawan, tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha... ini kelebihan cerita anime dari Jepun... Mesti selitkan nilai-nilai murni...
 
untuk penerangan lebih lanjut cerita ini  gi la cini

gambar diambil disini http://reborn.wikia.com/.


Tapi kan bila pula nak marathon alquran... hurmmmmmmm... Anime boleh, tak kan Alquran tak leh kot....

Isnin, 28 November 2011

Tolong ingat kan Aku! - JAWAPAN DARI ENCIK

Sila Tanya Suami Ku...

Kak So telah mengugut Encik untuk menjawab soalan ini hehhehe... nasib baik dia mau jawab:

Jumaat, 25 November 2011

29.10.2011 - HARI YANG PANAS

Selepas seminggu hari bekerja hujan turun setiap petang, maka pada 29.10.2011 (sabtu) Tuhan memberi cahaya kepada bumi ini untuk berehat seketika dari hujan...


Rabu, 23 November 2011

Entri Khas dari ENCIK

Encik PON nak masuk Blog... 
So ini adalah Entri Encik... 
tapi ada ke patut suruh Kak So taip-taip.... 
sungguh... 
bukan la Kak So, taip panjang-panjang ni...

Ahad, 20 November 2011

CAMNER BOLEH TERLUPA SAMPAI SEBULAN LEBIH NI?????

Patut la kerajaan hendak sangat buat lesen memandu 'mati' pada tarikh hari lahir...

Rupa-rupanya Kak So pun tergolong dalam kumpulan Pelupa juga ni aduhaiiii....



Nasib baik la ada roadblock, kalau tak sampai tahun depan pun Kak So tak ingat lesen kenderaan motor dah tamat tempoh aduhaiiii...

Cerita pasal roadblock, mau menangis sebulan Kak So kalau Cik Polis tu bagi surat cinta... nasib la motor Kak So rupa hidup segan mati tak mau, nak pecut pun tak boleh hahahah so encik polis pun tak berkenan nak tahan Kak So dan bagi surat cinta hahahahaha



lariiiiii..... Encik Polis saya janji saya akan perbaharui lesen kenderaan motor saya dalam kadar segera....

Jumaat, 18 November 2011

sapa buang anak ni ha..... gggrrrrr.....

Coba korang tengok ni... selamba sahaja buang anak tengah-tengah jalan ni... GERAM tau... eeeeeeeeeeeee.....


Rabu, 16 November 2011

12 November 2006 - Memori Blind Date

Disebabkan cukup la lima tahun, pada tarikh tersebut, kami, Encik dan Kak So, bertemu buat pertama kalinya... maka Kak So pun mengambil kesempatan ber"dating" dengan Encik ke tempat Kesukaan Encik pada 13.11.2011. 


Isnin, 14 November 2011

Taman Permainan -

Tetiba Kak So teringat pula tempat permainan pada masa itu sungguhlah seronok untuk dikunjungi :

Sabtu, 12 November 2011

Blind Date - Memori 2006

tempat :  Tempat duduk batu di Mac Donal PKNS Shah Alam
masa : 12.00pm - 1.30pm
Tarikh : 12.11.2006
hari : Ahad
Keadaan : Panas yang mendamaikan.
Pakaian : Encik - Seluar Jeans dan Baju t-shirt warna merah (warna kesukaan Encik ni)
               Kak So - Seluar Jeans, Baju t-shirt warna Kelabu, Tudung Kelabu

Pengatur : Bini paksu Kak So (maksu Kak So la)  a.k.a sepupu kepada "Encik".
Telefon pukul 9pagi suruh jumpa jer dulu, terpinga-pinga (ha...what?)

Khamis, 10 November 2011

Tolong ingat kan aku!

Sila Tanya Suami Ku...

1. Sudah cukupkah dandanan isterimu ini?

2. Sudah wangi kah isterimu ini?

3. Berserikah muka isterimu ini menyambut kepulangan mu wahai suamiku?

4. Cantik dan kemaskah pakaian isterimu ini?

5. Sesuaikah berat badanku ini dengan citarasamu wahai suamiku?

6. Senyuman isterimu ini mampukah meredakan gelisah hatimu wahai suami ku?

7. Adakah isterimu ini pengurus rumahtangga yang baik?

8. Wangi dan kemaskah kamar beradu kita wahai Suami ku?

Peringatan untuk tahun hadapan

Encik : Tahun depan kita buat korban pula yer... insyaallah kalau ada rezeki lebih kita buat yer... Bukan mahal mana pun...

Kak So : wokey.... (ehhh tapi Kak So punya akikah dah buat ker? tanya dalam hati jer)

masih memikirkan soalan ini!!!

Rabu, 9 November 2011

Hadiah dari Mak dan Abah

Ini adalah hadiah dari Mak dan Abah sempena nak mengambil SPM... Mahal betul pada zaman tu rasanya hehehehe... Walhal RM26.40 kot tak silap Kak So. Jauh beli ni... Abah dan Mak suruh Kak So pilih sendiri.. Jadi ini adalah hadiah dari Abah dan Mak, tapi pilihan Kak So... Gumbira....



Ahad, 6 November 2011

lain kali, cakap siang pandang-pandang tau...

Ini alkisahnya berlaku pada Kak So menyambut Encik di luar rumah nak masuk kedalam rumah sambil membawa barang yang dibeli oleh Encik, kami sembang-sembang berdua kuat gamaknya :

Kak So : Beli kat mana?

Encik : Kat kedai Jawa, biasalah mereka........ (Kak So tak ingat baris ayatlah....)

Petang itu kami dalam perjalanan pulang ke kampung Encik untuk Hari raya Qurban, Kak So buka la FaceBook Mobile.... ermmm terkejut keluar ayat ni dari JIRAN Kak So sendiri tu... Kak So tunjuk pada Encik


Jumaat, 4 November 2011

Hadiah untuk Encik

Sudah lama tak bagi hadiah untuk Encik...
Encik suka kalau bab-bab terima hadiah ni, sengih memanjang ler dia nanti hehehehe
so... fikir punya fikir...
Kak So hadiahkan la Encik ini, Sarung tangan untuk naik motosikal dia nanti....

errrr sepatutnya sarung ni untuk buat kerja-kerja pertukangan kah kah kah

Rabu, 2 November 2011

Hadiah TERAKHIR Dari Abah

Ini adalah hadiah Abah sebelum dia "Pergi Tak Kembali Lagi".....
Berusaha dia suruh Mak pergi belikan juga Kain pasang untuk anak-anaknya buat Baju Raya...


Kain raya terakhir dari Abah untuk Kami.....


Ahad, 30 Oktober 2011

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tetamu Allah


Semoga Bonda menjadi Tetamu Allah dimasa akan datang....
Anakanda tiada kemampuan untuk menolong kecuali sedikit sedekah yang didoakan atas nama Bonda agar mendapat jemputan dariNya...
Maafkan anakanda ini Bonda... Semoga doa anakanda diterima olehNya...

Jumaat, 28 Oktober 2011

30 Minit Ustaz Don

erm.... ini la berita hangat dunia Kak So hehehhe.... Suka tengok rancangan ini Best... Mula-mula ke udara ustaz ni kelamkabut sikit, sekarang ustaz sudah tenang... Best tau...

diambil dari http://www.facebook.com/30minitustazdon

Rabu, 26 Oktober 2011

Terima Kasih Encik

Ucapan yang tidak terhingga kepada Encik kerana menghadiahkan Kak So senaskah ini... Moga-moga Kak So semakin rajin selak menyelak naskah ini...

Eh... betul Hadiah ker???  Kena tanya Encik balik la.... la la la..



Isnin, 24 Oktober 2011

Sahabat yang baik Hati...

Mr Kuek : Kak So, Kenapa saya tengok U makin Kurus sangat ni?
Kak So : Ye ker… Saya rasa macam biasa sahaja… Mungkin sekarang saya tiada selera makan la Kuek, susah nak makan…
Mr Kuek : saya tengok u semakin kurus… U better cari doctor Tanya dia…
Kak So : Ok.. Terima kasih Kuek…
Mr Kuek : its ok la… tapi saya risau tengok U makin kurus la…

Terima kasih Kak So ucapkan kepada Mr Kuek yang Hencem (heheheh), bertanya khabar…  Dia memang baik hati, bersopan dengan Kami dipejabat, maksud Kak So bukan dibuat-buat, secara semulajadinya sifatnya begitu…  Terima Kasih Kuek…

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kak So!!!! Bestnya Kawen

"Kak So!!!!! BESTNYA KAHWIN"....
Kata seorang kawan Kak So beberapa minit yang lalu.... hehehehe...

"Best la Kak So, Kawen dulu baru Bercinta" "Tak terucapla Kak So... Terasa Indah, mengenali dan dikenali selepas kawen best la Kak So" Patut la orang dulu kawen dulu baru bercinta heheheehe

Isnin, 17 Oktober 2011

Hadiah Pertama daripada Abah dan Mak

Keluarga Kak So bukan la dari keluarga berada... Setakat Abah koje polis, mak suri rumah nak menyara anak-anak seramai tujuh orang sederet setiap tahun manalah Abah ada lebihan duit nak bagi hadiah-hadiah ini... Apa pun rezeki tetap ada... mungkin bukan dalam bentuk Tunai mungkin dalam bentuk lain... Kak So tak tahu, nanti korek-korek cerita lama dengan Mak... hehehehe...

So punya la lama nak dapat hadiah, tu pon jenuh merayu menangis bagai... Setiap kali Mak dan Abah Kak So nak pergi ke pasar Kak So selalu 'nangis-nangis bagai' ikut adik-adik Kak So nangis yang nak ikut mak abah hahahaha


Jumaat, 14 Oktober 2011

Isnin, 10 Oktober 2011

HARI PERKAHWENAN KU - HADIAH DARI OPAH

Ni ler rupanya hadiah dari opah... sehelai kain pasang... Tinggal nak jahit jer lagi... o o o hadiah dari opah untuk perkahwenan Kak So dan Encik...

Terima kasih opah... Semua cucunya yang berkahwen akan dihadiahkan kain pasang... so... tak payah nak Jeles yer sepupuku semua hehehehehe....



FILEM LIBAS - Baru tahu harga tiket dah naik....

Gamaknya punya lah lama tak g tengok wayang... tetiba harga Tiket NAIK ma!!!!!! hahahahah Memang ketinggalan keretapi ker Kak So ni... Kompius....

Jumaat, 7 Oktober 2011

BAJET 2012


Tahniah kepada pekerja Kerajaan... dapat bonus lagi dan kenaikan gaji bermula tahun depan yer....

Takziah kepada pekerja swasta kerana.... (tambah sendiri ler yer)

hehehehe






LARIKKKKKKKKKKKKKKKKK....

Khamis, 6 Oktober 2011

Terima Kasih pada Bos..

Terima kasih pada Bos kerana belanja Nasi Arab hari ini..
dan terima kasih pada Finance Manager, Puan Rose kita sebab merajuk ngan Bos, kalau tak, tak dapat makan free hari ini
hehehehehe
Bulpppp Alhamdullilah....

HARI PERKAHWENAN KU - HADIAH DARI MAK

Apa agaknya hadiah perkahwenan anda dari Ibubapa anda? Musti Best kan... Entah-entah sebijik rumah yer.... Tahniah la dapat hadiah besar gabak camtu hehehehe...

Selasa, 4 Oktober 2011

KENANGAN 2 - Abah dan telefon

Abah Kak So suka bertelefon...

Dolu-dolu masa kecik2 kat kawasan perumahan kami tiada perkhidmatan telefon...

Jumaat, 30 September 2011

KENANGAN 1 - BUAT KAIN SEKOLAH

Masa Kak So budak-budak, sekolah rendah kot... Ada satu tugas yang sungguh mencabar kesabaran Kak So sebagai budak yang fikir nak main sahaja... Apa dia?

Khamis, 29 September 2011

Alhamdulillah..

Alhamdullilah...
benarlah...
Banyak memberi... maka banyak juga yang Allah akan masukkan...
Terima Kasih Tuhanku... Yang Maha Agung dan Maha Pemurah...
Bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehMU...

Pesan Mak 2

Mak kepada Kak So pesan lagi :

"Jangan lupa bagi duit kat Masjid tu tetiap minggu walaupun sedikit, jadikan amalan bersedekah ini satu cara hidup"

Rabu, 28 September 2011

Pesan Mak 1

Mak kepada Kak So ni plak...

Walaupun tidak berpendidikan tinggi tapi sangat cerdik... agak-agaknya semua mak-mak memang cerdik kan hehehe (Sila kembang dada semua mak-mak ye hehehehe)

ehh melalut plak ni pesan Mak kepada Kak So : "Setiap kali lepas solat jangan lupa doa kepada kedua ibubapa samada dia masih hidup atau pun tiada..."

Selasa, 27 September 2011

Pesan Abah 1

Arwah Ayah Kak So Selalu berpesan kepada kak So setiap kali dia bertelefon...
Ayah Kak So suka telefon anak-anaknya... Mak tidak pula, selalu abah bagi telefon tu kat mak baru dia nak cakap dengan kami...


Ehh Abah pesan : "Jangan lupa bangun solat Tahajud dan ditutupi dengan solat witir..."

Setiap kali teringat kat arwah, selalu Kak So teringat pesan dia yang satu ini... Selalu terngia-ngia di lubang telinga ini...

Isnin, 26 September 2011

Mentang-mentang la Kak So begini...

Mentang-mentang la motor Kak So tak laju, (nak g 80km/j pun seksa) korang hon aje yer... pin.. pin.. pastu berdesup yer...

Tunggu ler Kak So ambil ni

Khamis, 22 September 2011

korang jangan jeles tau hahhaha

BABAI BANG!!!... sambil tangan lambai-lambai... ehhh sebenarnya cakap dalam hati jer, tapi dengar kat telinga sendiri heheheh

Cinta tetaplah Cinta

Walau apa pun berlaku dalam hidup ini  "Cinta tetaplah Cinta"

Cinta sesama manusia tidak semestinya memiliki... Kekadang kita harus melepaskan untuk merasai apa itu Cinta

Tapi Cinta kepadaNya WAJIB dicari, dirintih, dirayu.... Ahhhh... sebenarnya mudah benar untuk menemui CintaNya... cuma aku yang tak mencari... sungguh....

Selasa, 26 Julai 2011

Selamat Datang - selamat datang ya MuHaMmAd AmMaR SaFwAN

iskkkk... bukan anak Kak so yer... anak sedara lagi hehehehhe...

yang sebelum ini beso dah dia hehehe...

ehhh... Encik punya anak sedara jangan lupa pula

beberapa jam selepas di lahirkan
maknya kejut untuk satu upacara hehehehe

upacara belah mulut la....
ni ler neneknya itu aka mak Kak So
Ni plak Onyangnya aka nenek aka atok Kak So

suka la atok, cicit no 2 yer... tak lama lagi ada cicit no 3 plak hehehe


ni ler rupanya setakat seminngu adeihhhhhh futihhhh ikut mak dia hahahaha

Dua bulan sudah.... yey...

SAHAM AKHIRAT - SAHAM WAKAF

Kelmarin, ahad (24.07.2011) masa g ceramah  ustaz youtube yang pemes...
kat bahagian bawahnya adalah pameran dan jualan.... sedang jalan2 tetiba nampak la kak So satu Banner untuk Saham Akhirat... SAHAM AKHIRAT??????

Ehhhhh ruginya kalau tak ambil kan...Bukan perlu buat apa pon... Hulurkan ajer sepaling sedikit RM10.00... yang lain-Lain Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan uruskan... Insyaallah lepas ni kalau ada rezeki lebih nak top up la dalam saham akhirat ni... atau pon tetiap bulan beli saham ini bernilai RM10.00 jer cukup la kan... kalau umur panjang dapat lah beli saham akhirat banyak sikit... iskkkkk kalau korang nak penerangan lebih lanjut cari la disini - MAIS

Oleh kerana Kak So ada membeli Saham akhirat ni kat Masjid Negeri Selangor hari tu, maka ada la mereka memberi buah hati untuk Kak So... terima kasih yer MAIS heheheh :





Isnin, 25 Julai 2011

USTAZ YOUTUBE yang pemes...

Semalam sampai gak Kak So g ceramah ustaz youtube yang pemes ni ... yer la, Iklan  sampai kat umah takkan kita tak sampai plak kan hehehehe.... udah ler masa dia datang kat kawasan umah ari tu tak berkesempatan nak pergi...rugi wowowowo




Berpuloh puloh kilometer gak ler nak sampai. (cehhh macam jauh bebenor hahaha).. Ceramah bermula selepas magrib sehinggalah pukul 10pm... Jammed o o  nak balik umah, Encik kata macam solat Jumaat plak ramainya manusia... yang tak best kan, apa tau, Penuh umat dalam masjid tu, kak So tak leh masuk dalam tu... dan Kak So terpaksa turun bawah dengar kat pembesar suara yang disediakan, malangnya tempat tu tak pasang TV, kat atas jer... macam tak best kalau setakat dengor jer, tak ada fefeling gitu kekdahnya hahahaha...


sempat la juga ternampak JKKKK ustaz tu tangkap2 gambo hehehehe


Apa yang best pasal ustaz ni???  itu korang selak-selak sendiri la kat Youtube... dia kan ustaz Youtube hahahahaha


Korang boleh selak FB dia di : http://www.facebook.com/Ustaz.​Azhar.Idrus.Original
atau  Blog dia di http://ustazazhar.net/v01/

Penuh Muslimah kat belakang ni...










Jumaat, 22 Julai 2011

CERITA SERAM?????????

sambungan  cerita atok :


Kak So
mak sihat ker? atok cam ner, weiii
nana
mak aritu ade demam, ade gangguan kot kat umah ni, atuk pun ok.
ak xde lagi melawat atuk akt umah die, nape?
ko balik ke minggu ni?? ko balik minggu ni si paan tad de, kekekekeke sebab anyah kate die ade larian mende tah, 1murid 1 sukan 1mesia tu ha, kalo x die nak balik minggu ni, kwang3x
Kak So
napa ko kata kat umah ada gangguan plak
weooooo

nana
sbb aritu waktu mak demam kali kedua baru2 ni... mak ade dengar ade suara memula mcm suare im, lepas tu mcm suare laki, yg sore im tu panggil "mak",
mak tekejut, mak tanye im ko ade panggil ak ke, im kate xde, lpas tu yg laki tu mak xdgr sgt die cakap ape, lpas tu waktu mak demam tu malam tu ak ade gak dengar ade sore waktu kat depan ni, tapi ak wat derk je sbb ingt xde bende, bile mak cite tu baru ak cite kat mak

Kak So
o    ko dengar apanya laki tu cakap
o     
nana
o    bukan ak dengar laki tu cakap loo, yg laki tu cakap mak, ak dengar bunyi sore org pompan, mcm panggil name ak, tp ak xjelas sgt, sbb ak tutup lampu, jadi bile ade sore tu ak pandang pun gelap je, ak tgk gak arah sore tu, pas tu buat biase je, sbb ak ingt perasaan ak jer, smlm mak cite baru ak cite balik kat mak
o     
Kak So
o    hari apa mak demam
o     
nana
o    Ermmm ari ape ek? semalam mak da baik, rabu xsilap ak ke??
o    ak pun da xingt, mcm gitu la
o     
Kak So
o    Woissshhhh abis tu apa mak nak buat
o     

o    Ntah tu la ,......... lame bebeno, ponat bebeno ak nunggu nyeerrr
o     
Kak So
o    napa lepas tu susah ler ko nak tido
o     
nana
o    xde la biase je
o    xde pape pown
o    bunyi sore je la
o    xde la die buat pape
o     
Kak So
o    HAHAHAH masalahnya ko ler hahahahah
o     
nana
o    Cehh… ko tak dengar leh la ko kate ak yg masalah
o     
Kak So
o    Hehehe iyor ler, udah ko dengar mak cerita hhahah ni musti ko tido ngan mak
o    hahahahah
o    cnhoiii…….. ce ko bace balik kcite ak tu ak kan kate ak kat ruang tamu
o    motipp la ko ni hadoii
o    malas toi ak nak citer ngan ko udah lerr bubaiii
o     
Kak So
o    apa ra aku baru nak korek2 lagi cerita ni hahahah
o     
nana
o    ko tu bukan mengorek, ko tu membangkang, jadi ak maleh nak citer da
o    okess tata
o