Isnin, 28 November 2011

Tolong ingat kan Aku! - JAWAPAN DARI ENCIK

Sila Tanya Suami Ku...

Kak So telah mengugut Encik untuk menjawab soalan ini hehhehe... nasib baik dia mau jawab:


1. Sudah cukupkah dandanan isterimu ini?
    sudah (kenapa ringkas sangat Encik)


2. Sudah wangi kah isterimu ini?
    sudah (orang laki memang camni jer jawapan dia)

3. Berserikah muka isterimu ini menyambut kepulangan mu wahai suamiku?
     berseri (sama seperti diatas)

4. Cantik dan kemaskah pakaian isterimu ini?
     sungguh cantik (eeeeeeee... terima kasih Encik seronoknya hehehehe)

5. Sesuaikah berat badanku ini dengan citarasamu wahai suamiku?
    kena tambah berat lagi (waaaaaaaa....... camner nak wat ni Encik alahai.... Udah keturunan ni payah gak wawawa)

6. Senyuman isterimu ini mampukah meredakan gelisah hatimu wahai suami ku?
    senyuman yang agak meredakan kekadang aku tak sempat balas sanyum sebab biler sampai umah selalu nak qada' hajat dengan segeranye.... (hahahahah yang ni tak boleh tahan... Encik Mesti jumpa Cik toilet dulu huhuhuu... dah selesai baru boleh sambung senyum hahhahaha) - terima kasih Encik


7. Adakah isterimu ini pengurus rumahtangga yang baik?
    agak baik dgn aku yang suka tidur (ala Encik... Kak So rasa macam tak menepati piawaian sendiri jer huhuhuh)

8. Wangi dan kemaskah kamar beradu kita wahai Suami ku?
     wangi biler tukar yang baru basuh la..he..he.. (hahahahha Encik wat lawak dah hehehhehe)


Terima kasih Encik kerana sudi menjawap persoalan Kak So ini... insyaallah soalan ini akan ditanya lagi pada masa hadapan untuk mengetahui paras kepuasan Encik heheheh Kak So kan VERANGGAN nak jadi Ketua Bidadari Encik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan