Rabu, 30 November 2016

Pokok Pandan


pokok pandan,
sayang nyer,
selama ni subur dia hidup.

Sekali,
Kami bercadang simenkan ajer bahagian belakang rumah tu,
sebab dah jadi ladang lalang jer
dah berakar umbi lalang tu
payah dah nak buat apa atau bercucuk tanam
sudahnya
tutup jer la tanah tu



Isnin, 28 November 2016

ketagih tengok cerita ini

Kak So tengah ketagih tengok cerita ni
sanggup tengok cerita tak ada sarikata lagi tu hahahaha
berapa episod la gamaknya
gigih bertunggu

best ceritanya
maklumla
cerita sejarah ni
gemor juga mengikuti

cer tengok gambor tu
lawa kan pelakonnya
jalan cerita pun best




Jumaat, 25 November 2016

The Electric Lunch Box





Belikan untuk Encik
Rupanya tak sempat pun nak panaskan kat tempat kerja
hahahaha
tak per la, boleh la guna kan masa lain

Rabu, 23 November 2016

Oven Hitam Butterfly



Ari tu pinjam kejap Mak Kak So punya
tapi tak pakai, takut pecah cerminnya
sebab mak Kak So dah pesan,
"jangan letak kat atas lantai masa panas, nanti cerminnya pecah."
ahhh sudah, terus Kak So takut nak pakainya
sudahnya beli baru jer la yer hihihihi

Isnin, 21 November 2016

rak kasut kedai RM2

dah taip pepanjang tetiba hilang
ok
tak payah dah nak taip

sebenarnya nak letak gambar jer hahahaha



Jumaat, 18 November 2016

Buku Akaun Simpanan BSN



Lama Mak Kak So simpan, bila nak kutip duit dalam ni, kerani tu kata dah tak boleh dah...
Sabor jer la...

Rabu, 16 November 2016

Bahasa Mandarin




Seronok betul zaman belajar dulu
walaupun macam kelas tadika, tapi cikgu yang bagus membuatkan kelas sentiasa penuh oleh pelajarnya.
Malangnya, habis belajar, lupa dah kebanyakan yang diajar oleh cikgu.
Sayang nak buang buku ini. Kita simpan la lagi yer

Isnin, 14 November 2016

Baby Walker

Tak tahu la Kak so apa nama bendalah ini dalam bahasa melayu hihihi
masa ni baru pandai berjalan... jadi walker ini ini masih berselerakan untuk dimain olehnya..
entah mana datang kekuatan, sekali ambik ko, diterbalikkannya..
puas hatinya bila dapat berbuat demikian..
mak nya yang melihat perlakuan anak hanya boleh berhuhuhu sahaja hahahaha



Sabtu, 12 November 2016

Khamis, 10 November 2016

Selimut Saya



Ini le rupenyer selimut Kak So dari sekolah rendah sampai dah kawen hihihihi
lama kan

tapi dah arwah dah selimut ni, tetiba bau pelik kat selimut ni, siap basuh ubuh pelembut pakaian pun tak mau hilang bau tu. Kuat sangat bau busuk tu, oleh itu, Kak so jadikan dia sebagai kain lap-lap jer la.
Macam tau tau jer nak jadikan kain buruk, terus mereput dan berderai kainnya...

Ajal nya sudah sampai... bagaimana ajal kita kan....

Rabu, 9 November 2016

Ekonomi



Takut tengok ekonomi sekarang ni...
Kecil sungguh nilai kepenggunaan nilai ringgit berbanding barangan dan perkhidmatan.
Apa akan jadi lima tahun mendatang.

Selasa, 8 November 2016

minyak yuu yee tahun 2014

malas cakap banyak
hahahhaha
simpan nak tengok harga jer
gambar bertarikh 04.Januari.2015


Ahad, 6 November 2016

photobook worldwide

Entah macamana
Kak So terbekenan nak buat
phptpbook ni
ingat saiz besar
sekali daaaa
kecik jer hahahha

tak per la,
tapi sayang gak,
duit kan...

kecewa sebab
buku dah la kecik
pastu setiap helai
diletaknya 3 keping gambar
jadi makin kecik la gambarnya tu
hahahahha

tak per
lepas ni tahu la kak so macamana rupanya
PHOTOBOOK itu
hihihi

Kak So tak ingat la saiz apa, berapa keping gambar dan berapa harga...


Khamis, 3 November 2016

kotak tv

tak ada cerita
suka ambik gambar bebukan
pastu masukkan dalam blog

ini tv kedua dalam selang masa setahun
tv pertama tu rosak
hantar orang baiki,
sekali dia buat apatah
bila tanya
mak dia mati la
dua bulan lepas tu bila tanya lagi
terus tak jawab
tak per la
nasib ko
bukan tak tahu rumah dia kat mana pon
bior kan ajer
malas nak marah2
seksa dunia dapat seksa akhirat pon dapat