Ahad, 3 September 2017

tarikh lahir islam anak

Mak Kak So bising ooo
sebab tak tulis kat surat beranak
tarikh lahir dalam tahun islam anak
ok la
Kak so tangkap  jer la gambor hahahaha


Selasa, 4 Julai 2017

Campak- daun semambu - vapaley punya cerita raya

Anak berjangkit campak dari sepupunya masa raya baru ni.
Selepas demam tiga hari, kuar la bintat di tapak kakinya.
ok, sekarang sedang menunggu dengan sabar untuk bintat bintat itu keluar dengan jayanya, walaupun setakat hari ini masih di tapak kakinya sahaja hihihi.

berkait dengan campak ini terus la mencari diserata alam maya hoohoo iaitu daun semambu. Maklum la kali terakhir keluarga Kak So kena campak adalah 20-30 tahun yang sudah hahahaha jadi ingatan daun semambu tu memang kosong... yang ingat hanyala abah bawa balik dahan semambu untuk beberapa hari mandi, lepas tu abah ramas daun semambu dalam baldi dan kami mandi guna air tersebut.

Petua cari daun semambu senang jer bagi yang tak pernah kenal, iaitu cari di rumah orang india. mereka guna untuk buat sembahyang, jadi, kebanyakkan memang tanam pokok ini, kalau boleh minta dengan mereka, minta la, selalunya mereka memang bagi hahahaha... tapi ada syaratnya kena letak duit syiling. Nota penting yang kak So nak sampaikan adalah nama daun semambu dalam bahasa tamil adalah "vapaley" yer hohoho

ok gambor nanti la kak so letakkan seba laptop ni hidup tak hidup ikut suka hati dia hahahaha

apa pun salam syawal untuk semua...  Kak So beraya dalam rumah takut berjangkit plak nanti hihihi


Rabu, 24 Mei 2017

idea

bila penyambung wayar ko pendek, secara terpaksa, kena la buat begini kikiki
tu la beli hat murah, memang dapat yang pendek la wayarnya.
bertabah sajer la yer

 

Isnin, 22 Mei 2017

baby carrier 26.10.2014

Kak So beli jenama ni jer.
ni larat ke idak nak angkut anak kat belakang hohoho.
kalau leceh, Kak So gendong jer pakai tangan ,
baru la jadi mak sado kekononnya,
pastu sampai rumah tumbang, tak leh nak buat kerja kikiki
Harga Kurang sekupang RM50 kikiki



Khamis, 18 Mei 2017

Anak Sakit 23.10.2014

Masa dah balik dari berpantang la, masa tu la, baru la nak urus anak tak sihat secara sendiri, kalau tak berharap kat mak ajer kan, mak la tukang pikir apa sakit cucunya. ni dah dok asing, haaaa merasa la ko nak pikir anak sakit apa la ni kikiki







Isnin, 15 Mei 2017

balik dari berpantang 15.10.2014

hahahaha
kenangan betoi, balik dari berpantang rumah Mak Kak so, satu bonet penuh dengan segala macam
kikiki


Khamis, 11 Mei 2017

cadar murah 20.08.2014

cadar ni murah benor, cantik plak tu.
tapi bila dah murah paham paham la yer kikiki
lepas basuhan pertama jer terus naik bulu bulu hohohoho
siap panas lagi tu jenis kainnya, nasib la tido dalam ekon, kurang sikit terasa panasnya.

 

Isnin, 8 Mei 2017

makaroni bakar 06.08.2015

ada rombongan raya kat taman Mak Kak so
Mak Kak So pon bercadang buat makaroni tersebut
tapi deme tak pandai makan hohoho
ker terlebih masin, entah la
tak terasa di tekak ini
patutla rombongan tak makan kot hihihi





Jumaat, 5 Mei 2017

lampin bayi moden

kekonon nak jimat beli lampin pakai buang, sudahnya tak pakai pon lampin ni kikiki
entah la
rasa semacam jer..
macam senang bocor, dan besor benor plak rasanya lampin tu.











Selasa, 2 Mei 2017

bila mak buat lawatan tapak pada 16.02.2015

kikiki
mak memang tak leh nengok tanah terbiar, masalahnya, tanah tu dah bersarang dengan lalang, apa apa kena buang semua tanah tu, tambak tanah baru, baru boleh buat sesi menanam semula, jenuh la... ok itu cerita dua tahun sudah, sekarang Kak so dah simen dah ruang belakang tu, tak mampu nak hadap sorang sorang kikiki
kalau dalam pasu gigih lagi la nak hadap....






Sabtu, 29 April 2017

Masakan Haji Deris

Masakan terkenal di kg talang, kuala kangsar
kikiki
dikatakan
pada masa pemerintahan raja idris, cef dia pon bernama haji idris, jadi masakan istimewa ini pon bernama haji deris




Khamis, 27 April 2017

mainan anak 19.09.2015 - keretapi

mana lagi Kak so membeli nya, pastilah dikedai RM2
kikiki







Selasa, 25 April 2017

mainan anak 19.09.2015

gambar jer
dah pandai dah sekarang susun menara pastu runtuhkan nya
hahaha


Sabtu, 22 April 2017

pembelian atas talian

bila menjadi adviser untuk pelangan baru secara belian atas talian koh koh koh
panjang lebar, entah dia paham ke idok
hohohoho




Jumaat, 21 April 2017

sayur paprik 04.11.2016

Kak So rasa masakan ini lah paling susah nak buat
macam susah sangat nak sediakan bahan
ke sebab masa yang lama nak sediakan
tapi, sebenarnya mudah ajer kan
hihihi


Khamis, 20 April 2017

Lata Lembik 16.04.2016

bila datang musim panas memang best la masuk sungai
moh la kita terjun sungai kikiki
setahun yang berlalu hohoho
datang ngan adik2 ipar dan duai






Rabu, 19 April 2017

cerita tamil



tak pernah tak seronok cerita tamil ni hahahahaha
ehhh kak so ada keturunan ni la hahahaha

Selasa, 18 April 2017

bantal Kekabu

Bila bantal anak dah kempis, kena la tambahkan kekabu
masalahnya, mak dia ni, punya la ambik masa,
anak dah besar baru nak ada semangat kikiki
ada ajer alasannya