Selasa, 4 Oktober 2011

KENANGAN 2 - Abah dan telefon

Abah Kak So suka bertelefon...

Dolu-dolu masa kecik2 kat kawasan perumahan kami tiada perkhidmatan telefon...



Tapi menjak tahun 1990 baru ada perkhidmatan telefon masuk kekawasan perumahan kami, itu pon kalau nak tahu, hanyalah perkhidmatan telefon awam... BOLEH korang bayangkan tak? Rumah Atok Kak So dan Opah a.k.a Nyah Kak So dah ada telefon rumah lagi, kami pula baru dapat telefon awam... cian kan.... so beratur panjang la nak telefon kan..

Setelah beberapa tahun, baru la perkhidmatan telefon ke rumah kediaman, tak silap Kak So dalam tahun 1995,WAH.... masa ni jakun sungguh dengan telefon... asal berdering jer telefon semua orang sibuk nak angkat telefon hahahaha... tapi kami semua takut nak telefon keluar... ye la... sapa nak bayar nanti bil telefon tu? jawab... paling banyak telefon  pon kan hehehehe... kami telefon 999 kah kah kah... maklum, itu jer yang percuma kan hehehehe...

hishhh melalut plak... ini kenangan Abah Kak So... so begini...



Abah Kak So rajin telefon mak dia a.k.a OPAH Kak So, setiap hari atau selang sehari, pasti akan telefon mak dia...

ok ni la apa yang Abah Kak So selalu cakap kat Mak dia "MAK, SAYA MOHON MAAF ATAS KESALAHAN YANG TELAH SAYA LAKUKAN DARI DULU HINGGA SEKARANG.. SAYA MOHON MAAF MAK... MAAFKAN LAH KESALAHAN SAYA INI..." dan selalunya bergenanglah airmata Abah Kak So dan OPAH Kak So selalunya jawab begini "YE MAK MAAFKAN KAMU DARI DULU HINGGA SEKARANG..."

Boleh korang bayangkan tak SETIAP hari Abah Kak So meminta maaf kepada Mak dia... Setiap hari selama 10 tahun sebelum Abah Kak So meninggal.... campur Sebulan Abah Kak So Tinggal dirumah Opah dan Atuk.... ermmm...

tapi Kak So pula... ermmmmmmm.... TAK SEMPAT NAK MINTA MAAF SETIAP HARI seperti yang dilakukan kepada Abah kepada OPAH waaaaaaaaaa.....

Sesiapa yang ada mak pak lagi buatlah selalu... nanti tak sempat... Ingatan untuk diri Kak So juga untuk memohon maaf kat Mak dan Atok serta Opah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan