Jumaat, 23 Disember 2011

BASIKAL KAK SO

Kak So tak ingat la bila Abah dan emak Kak So belikan Basikal ini.. seingat Kak So, Kak So merengek nak basikal.. tak tahu berapa lama Kak So merengek nak basikal tu....

"Niat : Sahaja aku nak basikal kerana nak bawa adikanda-adikanda ku berjalan-jalan dan pergi mengaji...."


Setelah Abah dan mak Kak So beli basikal itu... maka bermula la episod belajar basikal..

Berkali-kali, berhari-hari,  Kak So belajar cuba seimbangkan badan untuk menaiki basikal itu... bayangkan Kak So masa tu baru sekolah rendah belajar basikal besar gabak cam ni, udah la besar gabak... ini la basikal paling berat antara semua koleksi basikal keluarga Kak So ada (ADA 7 BUAH YER...cukup2 adik beradik Kak So hahahahah)... adoiiiii... ngeri rasanya bila ingatkan betapa sakitnya.... tapi bila terjatuh jer... Kak So terus ingat NIAT (seperti diatas) maka bangun la Kak So dengan segera... "adikanda-adikanda cepat tolong angkat basikal ni... nanti Kak So boleh bawa korang pergi pusing-pusing" ohhhh dengar camtu maka adikanda Kak So semua cepat-cepat tolong Kak So tegakkan semula basikal... Ohhh adikanda-adikanda semua (masa tu kami berempat jer yang dah besar) memang temankan Kak So belajar basikal, untuk tolong angkat basikal bila terjatuh heheheheh TERIMA KASIH ADIKANDA SEMUA...

Setelah seminggu Kak So berjaya menaiki basikal yang maha berat (pada masa itu) maka terbang bebas la Kak So meronda-ronda taman perumahan itu setiap hari, maklumla teruja dapat bebas tau hahahaha ... Juga setelah yakin Kak So boleh bawa basikal dengan jayanya, barulah Kak So membawa sorang-sorang adikanda Kak So pusing-pusing taman perumahan... Habis dah Kak So redah dengan adikanda Kak So  taman perumahan itu hahahahaha...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan