Jumaat, 30 September 2011

KENANGAN 1 - BUAT KAIN SEKOLAH

Masa Kak So budak-budak, sekolah rendah kot... Ada satu tugas yang sungguh mencabar kesabaran Kak So sebagai budak yang fikir nak main sahaja... Apa dia?



Buat kain sekolah rendah... kain sekolah warna biru tua tu... Ni kronologinya:
0. Kain telah siap dipotong dan dijahit tepi.
1. ukur panjang kain berapa? lepas tu tanda ngan kapur kain...
2. berapa besar kipas kain nak buat , nak berapa banyak kipasnya? lepas tu tanda ngan kapur kain...
3. ukur pula berapa lebar getah kain tu... lepas tu tanda ngan kapur kain...
4. udah siap tanda semua bagi kat mak... mak jahitkan plak...
5. Ambil masa 1-2 nak buat tau... siap tertonggek-tonggek la nak siapkannya... Ukuran plak nak betul-betul nanti tak cantik plak jadinya.

Ehh bila Kak So darjah enam (6) pulak buat semua seperti diatas dan jahit terus..... Masa ni dah pandai jahit-jahit lurus ni....

Bila masuk sekolah menengah pula jahit la sendiri baju, kain dan tudung... tapi semua nya kena la ada SUPERMAK kan... kalau tak mau hancur tu Kak So buat, sebab Kak So bukan jenis penyabar orang nya hahahaha

Tapi kan menjak-menjak udah tinggalkan sekolah ni terus lupa dah nak menjahit-jahit ni... semua terus hantar tempah atau beli yang dah siap berjahit...

isk..isk... sesia jer ada ilmu kan... Nanti Allah ambil balik baru ko tahu Kak So...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan