Jumaat 28.10.2011 - Maha suci Engkau wahai Tuhan ku, tiada la aku mampu menghalang kemampuanMu....
Jumat yang cerah pada paginya bertukar gelap gelita pada sebelah petangnya. Dari pukul 6petang sehingga 8malam hujan turun selebat-lebatnyanya... dalam perjalan pulang terserempak pula Kenderaan yang telah dihempap pokok, tidak dapat nak berhenti melihat memandangkan Kak So berada dihadapan sekali untuk masuk ke jalan alternatif dan kenderaan belakang pula sudah membunyikan hon. selepas sahaja melepasi kawasan pokok tumbang itu...
Langsung tidak dapat melihat jalan... Lebat sungguh airnya.... bertawakal sahaja membawa kenderaan itu dengan menggunakan lampu tinggi...
Selepas melalui kawasan Masjid Negeri baru lah hujan benar-benar reda... Alhamdullillah...
Semasa memadu didalam lebuhraya pula, entah kenapa Kak So menangis teresak-esak, terasa luruh hati... Terasa kecilnya Kak So ini... Banyaknya ibadat yang tak terbuat oleh Kak So... Apa maksud kewujudan Kak So dibumi Allah ini.. IBADAT.... tapi apa yang Kak So sedang lakukan pula selama Kak So hidup ini.... Ahhhhh.... Maha suci Engkau wahai Tuhan ku, Ampunilah aku....
terasa insaf... mohon aku juga di beri petunjuk dan hidayah Nya
BalasPadam