Setelah berpuasa 14 jam... tambah 3jam untuk sampai kerumah... selesai sudah acara CT Scan....
Temujanji pukul 8.00 pagi... tetapi bila Kak So sampai di bahagian CT Scan... dah berderet orang rupanya...
Sebelum itu Kak So kena pergi ke wad semasa Kak So ditahan sebulan yang lalu... ambil dokumen... semasa ambil dokumen tersebut, Jururawat dah siap bagitau temujanji seterusnya adalah 30.07.2013 (selasa) pukul 10.00 pagi.
dibahagian CT Scan ini, pertama sekali Kak So kena cucuk alat jarum kat tangan tu (tak tahu la apa namanya) ala yang untuk salurkan cecair kedalam salur darah tu...
Selepas itu kena minum 3 cawan air, bukan air biasa tetapi air yang rasa pahit-pahit sikit (air Ubat la Kak So oii), setiap satu berselang selama 20minit...
setelah Kak So minum cawan kedua jururawat minta Kak So salin pakaian pesakit, bajunya yang tali kat belakang... pakaian dalam semua kena tanggal...
Tak lama setelah Kak So salin pakaian, jururawat dah panggil Kak So masuk bilik CT Scan... Dalam bilik ni memang sangat sejuk... menggigil Kak So... dah la badan sekeping jer, isi tiada.. huishhh sejuk betul...
Jururawat suruh Kak So baring atas meja tu, pastu masukkan "bandage" yang dibentuk dan disalutkan dengan cecair dibahagian alat sulit wanita dan ubat cairkan bahan pembuangan kot kat lubang pembuangan air besar... lepas itu, jururawat memasukkan cecair ditempat yang dicucuk tadi... setelah itu meja Kak So di tinggikan sesuai untuk masuk keluar dalam terowong tu hehehehe
setelah semua persediaan dibuat, dan semua jururawat puas hati, mereka semua masuk kedalam bilik khas, dan bermula la operasi CT Scan itu, tetiba terdengar suara lelaki suruh tarik nafas dan tahan...... ceh... buat Kak So terkejut jer, ingat semua jururawat perempuan, rupanya yang tukang kawal alat tu lelaki hehehhe masukk keluarlah Kak So dalam terowong tu (walhal bukan terowong pun sebab dia pendek jer, lebih kepada gelung jer). kedudukan tangan adalah di atas kepala.
Lepas tarik nafas, tahan nafas, nafas seperti biasa - ikut jer apa suara tu katakan... maka jururawat masuk semula... kena buat lagi sekali, sebab ada doktor tu betulkan saluran ubat, baru la terasa kesan ubat tu sampai ke tekak.. pastu sambung balik operasi seperti diatas.... kali ini kedudukan tangan adalah diatas dada.
lepas dah abis operasi CT scan itu, bila bangun terus kena pergi ke tong sampah Klinikal untuk tarik dan keluarkan bandage tersebut... okey, masa ni, perut dah rasa nak membuang air besar... lepas ucap terima kasih kepada doktor dan jururawat terus keluar, salin baju cepat-cepat dan lari masuk ke toilet.. memang cukup-cukup masa ubat tu untuk salin baju sebelum ke toilet hehehe
Selesai la sudah CT scan apabila alat ditangan untuk memasukkan cecair dicabut... boleh la balik... Jumpa Pakar la pula nanti..
Gambar tiada kerana Handset Kak So rosak sudah kameranya sabor jer la (nak suruh beli handset baru ler tu hehehe)
ini sahajalah laporan Kak So hari ini..
Terima kasih
psssttt : Kak So mengaku jer la, Kak So tak puasa hari ini hehehhehe dah kena minum kan hehhehehe Sudahnya balik rumah jumpa nasi macam kebuluran la hehehehe walhal baru berpuasa selama 14jam kan... siap tido 6 jam lagi tu hehehhee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan