Isnin, 22 Julai 2013

Esok pergi Hospital Lagi - CT Scan

Ingat lagi cerita ni? edisi sakit

Setelah sebulan menunggu akhirnya, esok baru Kak So dapat tarikh untuk buat CT Scan...
Entah macamana la gamaknya...
Jururawat bukan tepon Kak So sebaliknya Encik yang dicarinya.... Mungkin prosedur kot, itu pun setelah dua minggu tunggu jururawat tepon, tetapi tak telefon juga, sudahnya Kak So tepon sendiri heheheh (punya la tak sabar macam perkara gembira sahaja)
Siap pesan suruh puasa dari pukul 12 tengah malam sampai abis buat CT Scan.
Encik ada tanya gak kena masuk wad ker? jururawat kata boleh jer nak masuk wad, kalau tak pun esok ajer datang, jadi Kak So ambil keputusan untuk datang esok sahaja (gara-gara makanan kat sana Kak so tak lalu nak telan)



Kita tengok la apa yang terjadi esoknya...

Hari ini pun  Kak So akan telefon balik jururawat tu nak tanya lama atau tidak memandangkan kalau boleh Kak So datang sorang jer... Encik Kak So huhuhu...

Nanti Kak So update balik apa isi perbualan pagi ini... Agak-agak dalam pukul 11 baru telefon kot, kerana pepagi ni mereka agak sibuk..

gambar rupa sakit Kak So dalam link ini

jururawat kata esok kena enjik la huhuhu... esok ramai yang akan datang scan, datang pepagi ambil borang...

2 ulasan:

  1. Akak doakan semoga semuanya selamat, semoga segala urusan dipermudahkan olehNya, amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... terima kasih kak,
      Hari ini scan jer... macam kita guna scanner komputer tu hehehehe
      cuma kak so masuk dalam terowong jer hehehhehe

      Padam