Jumaat, 16 Disember 2011

si comei cakap "Assalamualaikum Mak!!!!!"

Cuti Sultan Selangor hari tu, Kak So dan Encik tiada aktiviti... So kami pusing-pusing bandar kapar hingga la ke Klang... Ingat nak merempit dengan Fz150i jer, boleh cilok kiri kanan, tapi memandangkan hari tak menentu naik jer la kenderaan roda empat...

habis meronda pekan kapar, .. Encik cadangkan pergi lawatan berhemah ke JJ (jaya Jusco) ler... Rindu katanya... pusing-pusing JJ tu abis dah... bosan pulok... ehhh 'Encik tak solat lagi ler'... So kak So ambil kesempatan ini masuk kedai buku  sementara menunggu Encik solat A'sar...


Khamis, 15 Disember 2011

Selamat Datang ya Ahmad Faiz

Selamat datang - selamat datang ya Ahmad Faiz.... *Gumbira* rasa nak lompat-lompat pelok ahmad faiz hehehehe

Selasa, 13 Disember 2011

Ahad, 11 Disember 2011

Rabu, 7 Disember 2011

Mertua vs. Menantu

apa la yang best sangat mentua dan menantu tu sembang kan hehehehe.. 



TENGOK TU best bebenor sembang sampai muncung mulut Bonda hehehehe...

Gambar ini diambil semasa Espo MAHA 2010


Isnin, 5 Disember 2011

Sudah Bertaranumkah Adikanda Kak So semua dengan Bonda Tercinta kita ?

Beberapa bulan ini...

Sungguh Kak So sentiasa rasa kecil hati...
kerana terasa ruginya Kak So tidak dapat bertaranum bersama Bonda tercinta..

Semasa kecil puas sudah Bonda mengajar Alquran sampai pandai membaca...
Maka sepatutnya pada waktu ini, mengambil peluang pula untuk sama-sama mendendangkan ayat alquran yang penuh indah ini bersama-sama Bonda tercinta..

Anda bagaimana pula Adikanda-Adikanda Kak So?



Jumaat, 2 Disember 2011

Mak dan Kucingnya

Mak,

masa baru-baru menikah ngan abah, kan tiada kawan nak bersembang... lalu mak pun belalah kucing,


Rabu, 30 November 2011

Katekyō Hitman Reborn! (家庭教師ヒットマンREBORN!

Kak So marathon cerita ini selama seminggu Encik Tiada... kah kah kah... ketagih.... korang yang tak minat "anime" jangan ngata tau... hehehehe

apa moral cerita kat sini... Kesetian pada kawan, tolak ansur, menerima siapa itu kawan, tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha... ini kelebihan cerita anime dari Jepun... Mesti selitkan nilai-nilai murni...
 
untuk penerangan lebih lanjut cerita ini  gi la cini

gambar diambil disini http://reborn.wikia.com/.


Tapi kan bila pula nak marathon alquran... hurmmmmmmm... Anime boleh, tak kan Alquran tak leh kot....

Isnin, 28 November 2011

Tolong ingat kan Aku! - JAWAPAN DARI ENCIK

Sila Tanya Suami Ku...

Kak So telah mengugut Encik untuk menjawab soalan ini hehhehe... nasib baik dia mau jawab:

Jumaat, 25 November 2011

29.10.2011 - HARI YANG PANAS

Selepas seminggu hari bekerja hujan turun setiap petang, maka pada 29.10.2011 (sabtu) Tuhan memberi cahaya kepada bumi ini untuk berehat seketika dari hujan...


Rabu, 23 November 2011

Entri Khas dari ENCIK

Encik PON nak masuk Blog... 
So ini adalah Entri Encik... 
tapi ada ke patut suruh Kak So taip-taip.... 
sungguh... 
bukan la Kak So, taip panjang-panjang ni...

Ahad, 20 November 2011

CAMNER BOLEH TERLUPA SAMPAI SEBULAN LEBIH NI?????

Patut la kerajaan hendak sangat buat lesen memandu 'mati' pada tarikh hari lahir...

Rupa-rupanya Kak So pun tergolong dalam kumpulan Pelupa juga ni aduhaiiii....



Nasib baik la ada roadblock, kalau tak sampai tahun depan pun Kak So tak ingat lesen kenderaan motor dah tamat tempoh aduhaiiii...

Cerita pasal roadblock, mau menangis sebulan Kak So kalau Cik Polis tu bagi surat cinta... nasib la motor Kak So rupa hidup segan mati tak mau, nak pecut pun tak boleh hahahah so encik polis pun tak berkenan nak tahan Kak So dan bagi surat cinta hahahahaha



lariiiiii..... Encik Polis saya janji saya akan perbaharui lesen kenderaan motor saya dalam kadar segera....

Jumaat, 18 November 2011

sapa buang anak ni ha..... gggrrrrr.....

Coba korang tengok ni... selamba sahaja buang anak tengah-tengah jalan ni... GERAM tau... eeeeeeeeeeeee.....