Jumaat, 8 November 2013

Mr. at Library si baju hitam - saya terkenangkan awak

hurmmmmm tengah syok-syok tengok cerita 'Sungkyunkwan Scandal Ep 16' 
teringat kenangan masa Kak So belajar hehehhe


Entah kenapa susah nak ingat wajah awak, 
kalau kita berjumpa sekarang pasti saya tidak mengenali awak... 

Tetapi kenangan bersama awak adalah satu memori yang sangat mengujakan hehehehe 
kita tak pernah kenal antara satu sama lain, 
kita tidak pernah juga bersuara... 
tetapi ada sesuatu yang sentiasa menemukan kita
sama ada disurau, pejabat, tempat letak motor, kedai errrrr 
yang pasti kita akan sentiasa bertemu, 
seperti telah berjanji disini, 
diwaktu yang sama.

Pada hari terakhir persekolahan,  
terima kasih atas lambaian awak.. 
dari atas motor hitam EX5 awak itu,
yer....
saya tahu awak memberi ucapan terakhir untuk saya... 
terima kasih.

Apa pun Mr. at Library "si baju hitam "
terima kasih atas kenangan itu... 
Saya mendoakan awak sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta dan murah rezeki selalu...


*nanti-nanti saya buat cerita lawak kita yer hehehehe*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan