Alhamdullillah... baru jer ada semangat untuk tulis cerita kena bedah... sebelum ni nak taip pun tak lalu...
Jadi ini coretan Kak So masuk hospital kerajaan, sebab ini sahaja yang termampu Kak So pergi...
Nak pergi hospital swasta, tak ada pinjaman along atau insurans yang boleh.
jadi sila la faham karenah hospital kerajaan ini... semuanya kena banyak sabar dan redha. kalau ingat ini dari awal insyallah tidak rasa tertekan.
21.08.2013 - Check-in Wad 2A Hospital
7.30pagi - Doktor telefon buat pengesahan samada datang atau tidak.
9.30pagi - sampai kat wad. Daftar masuk. Katil tiada yang kosong lagi... semua yang datang hari ini seramai 10orang...kami tunggu kat kaunter pendaftaran, makan tengahari pun kat situ... berkelah lah kami hehehhee Doktor cucuk jarum kat tangan.. aduhai berbisa rasanya sebab jarum dia terkena kat pergelangan tangan sudanya kak so terpaksa ampu tangan tu bagi lurus sahaja.
10.00pagi - Encik yang tunggu sekali dengan Kak So sudah sakit kepala sangat. Jururawat kat situ suruh pergi bahagian kecemasan minta ubat.. Encik pergi dulu, Kak So dah risau kesihatan Encik... Kak So tak boleh nak keluar dah sebab dah pakai baju pesakit dah huhuhuhu
11.00pagi - tangan yang kena cucuk jarum tu dah bengkak, tunjuk kat jururawat, nasib la dia tolong tanggalkan, terima kasih kat jururawat... satu kelegaan bila dah tanggal heheheh.Encik telefon kena ambil darah.. errrr apa kes pula encik saya ni sampai kena ambil darah ni....
12.00tengahari - Encik ambil darah lagi. Encik telefon bagitau kemungkinan besar akan kena tahan wad, 'Ahh sudah...." apalagi terpaksa juga telefon mak. huru hara kejap hidup mak, minta tolong kat mak singgah rumah kak so ambil pakaian untuk encik pula lagi
2.00petang - Encik ambil darah lagi.
5.30petang - baru dapat katil, disebabkan Kak So orang kedua sampai masa daftar, lagi 8 orang tak tahu ler pukul berapa dapat katil. masa ini jururawat dah pesan Kak So kena berpuasa makan pada pukul 6 nanti... nanti pukul 12.00 tengah malam baru berpuasa sepenuhnya.
6.00petang - Encik pun kenan tahan wad. Kak So sempat jumpa encik di tingkat 8 kejap setelah 'jaga' wad kak so kata kena minta kebenaran jururawat dulu. Encik dah mengaduh kepalanya sangat sakit... minta panadol. Dia dah minta dengan jururawat, tapi tak sampai2 lagi.. Kak So hanya boleh tolong picit-picit kepala dia sahaja.... Mak kak so sampai dan terus hantar baju kat menantu dia sorang ni hehehehehe.
7.00petang - Doktor datang semula untuk pasangkan balik jarum kat tangan Kak so, kali ini dia tempat lain... baru selesa nak buat ker seperti nak ambil wuduk, ke tandas dan sebagainya.
8.00malam - encik sms bagitahu dia baru dapat panadol dari siang tadi menunggu untuk mendapatkannya. Kasihan Encik saya.
10.00malam - perasaan sudah tidak tenteram... rasa nak lari sahaja, tak mahu kena bedah... ahh sudah... macam-macam fikir...
12.00tengahmalam - puasa sepenuhnya...
adik kak so cerita mak tak boleh tidur rupanya, habis dikemas dapur kak so itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan