Selasa, 23 Julai 2013

CT Scan hari ini 23.07.2013 - Selasa

Setelah berpuasa 14 jam... tambah 3jam untuk sampai kerumah... selesai sudah acara CT Scan....

Temujanji pukul 8.00 pagi... tetapi bila Kak So sampai di bahagian CT Scan... dah berderet orang rupanya...
Sebelum itu Kak So kena pergi ke wad semasa Kak So ditahan sebulan yang lalu... ambil dokumen... semasa ambil dokumen tersebut, Jururawat dah siap bagitau temujanji seterusnya adalah 30.07.2013 (selasa) pukul 10.00 pagi.

Isnin, 22 Julai 2013

Esok pergi Hospital Lagi - CT Scan

Ingat lagi cerita ni? edisi sakit

Setelah sebulan menunggu akhirnya, esok baru Kak So dapat tarikh untuk buat CT Scan...
Entah macamana la gamaknya...
Jururawat bukan tepon Kak So sebaliknya Encik yang dicarinya.... Mungkin prosedur kot, itu pun setelah dua minggu tunggu jururawat tepon, tetapi tak telefon juga, sudahnya Kak So tepon sendiri heheheh (punya la tak sabar macam perkara gembira sahaja)
Siap pesan suruh puasa dari pukul 12 tengah malam sampai abis buat CT Scan.
Encik ada tanya gak kena masuk wad ker? jururawat kata boleh jer nak masuk wad, kalau tak pun esok ajer datang, jadi Kak So ambil keputusan untuk datang esok sahaja (gara-gara makanan kat sana Kak so tak lalu nak telan)

Jumaat, 19 Julai 2013