Isnin, 9 Januari 2012

"udah la hitam, hodoh lak tu"

Pada suatu hari, Masa itu Kak So baru tingkatan 4, baru pulang dari sekolah menaiki basikal Tua Kak So, sampai di parking basikal dikawasan perumahan Kak So, ehh tapi sebelum sampai tu Kak So udah perasan dua orang abang/senior sekolah Kak So sedang berjalan menuju kawasan parking basikal.




Mereka tak cakap kuat tapi memandangkan pada masa itu pukul 1.30, ramai warga kawasan perumahan ini mengambil peluang tidur tengahari.. jadi percakapan mereka memang Kak So dengar, mereka jer tak tahu Kak So dengar percakapan mereka :

Abang 1: wehh aweks la...

Abang 2 : Jom tengok cantik ke tidak

Sambil berjalan ke arah Kak So yang semasa itu sedang menongkat basikal dan melepaskan getah pengikat beg sekolah Kak So.

Abang 1: hisshhh jom la...

Abang 2: jom jom ... udah la hitam, hodoh lak tu



Apa perasaan korang waktu itu gamaknya kan?

errr.... Kak So sempatla juga menyumpah mereka dalam hati "semoga isteri kamu tergolong dalam golongan yang hodoh dan bodoh juga" "Mungkin satu hari nanti korang akan jatuh cinta kalau berjumpa Kak So masa tu baru padan muka hahahahaha - (veranggan jer dalam hati macam la awak tu 'ugly duckling' kan hahahahah)


SAKIT HATI kan... tapi itu ler kenyataan nya Kak So memang hitam dan hodoh... terpaksa juga mengakui...

Mulai hari itu Kak So akan sentiasa merendahkan pandangan, sentiasa merasa rendah diri sehingga la Kak So terjumpa satu mutiara kata/hadith :

"sebaik-sebaik wanita itu merendahkan pandangannya, dia tidak memandang dan tidak pula la dipandang..."

Selepas terjumpa mutiara kata/hadith ini Kak So merasa gembira pula, senang hati sikit... barulah Kak So memandang dunia ini dengan cerianya...

Bila Kak So berjalan-jalan selalu Kak So fikir, "Tak per, Kak So ini hodoh jadi tiada la siapa hendak memandang Kak So, maka berjalan la wahai Kak So dengan gembiranya melihat dunia ciptaanNya..."

Apa moral dari kisah ini?

"Cantik bukan hanya pada paras rupakan???"
--- TAK, CANTIK PADA PARAS RUPA SEBENARNYA PENTING....

"Cantik juga terpulang kepada setiap individu seseorang"

12 ulasan:

  1. yeah!!! saya sgt setuju!!! ^________^

    BalasPadam
  2. Cantik itu sesuatu yg subjektif, kan kak So. Terpulang pada mata masing2. Saya pun tak cantik, debab plak tu tapi saya hepi ja, alhamdulillah :)

    BalasPadam
  3. Cik Nora : Setuju tang mana tu.... hehehehhe HITAM tu memang tak leh nak ubah la kan udah keturunan kakakakaka

    Kalu tang semua orang memandang kecantikan pula... ni memang kenyataan la... Sebab semua orang suka tengok benda2 cantik...

    BalasPadam
  4. Dinas : ha ah benar la tu... Cantik itu Subjektif... Janji hati Gumbira hehehehe...

    Teringat masa sekolah : Suami isteri Cikgu... memang bagai langit dan bumi... TUHAN nak tunjuk kuasa bahawasanya Cantik itu Subjektif

    BalasPadam
  5. elelelele...sedeynye ka bace blog ko ni~~~ tp bukan skrang ko puteh kahh~~~ terima kasih temulawak~~~ hahahahahaha

    BalasPadam
  6. lpe nak g tau~~ yg komen tu adik mu hihihihi..

    BalasPadam
  7. Adikanda ku : Lor.... Ni kan cerita tahun bila...
    Putih yer bukan dari warna hitam jadi warna koko kekekeke

    BalasPadam
  8. ok la~~~ dikesempatan ini~~ saya ingin membuat ucapan setelah dipaksa oleh kakanda aka kak so bahawa ucapan saya diatas bukanlah bermaksud mengutuk mahupun menghina..malahan saya memuji lagi tu you~~~ dulu ye la orang kata itam~~ sekarang cerah da khenn~~~ mcm amoi cina suda~~~ kalo senior kak so tu tgk mesti die cakap gini "melepas la aku dulu ngutuk dia..." ^^

    BalasPadam
  9. Cik Nana : hampas kelapa la....ni cerita zaman dolu kala la... hhuhuhu tiada kaitan masa kini dan masa hadapan kekekeke... tak per... nanti Akak wat satu entri untuk ko plak k *senyum ja at* hahahaha

    BalasPadam
  10. buat laa~~~~ ado den kesah~~~ :P

    BalasPadam
  11. Irfa : hahahaha... tak per... kenangan, elok juga abang2 senior cakap begitu... Kalau tak, tak sedar diri gamaknya...

    selapas kejadian itu selalu mengelakkan pandangan/menunduk malu (kekonon ler tu *kenyit mata*) daripada golongan Adam...

    BalasPadam