Satu-satunya Hadiah untuk Abah dan Mak (niat dibuat semasa Kak So masih budak lagi) adalah ini:
Niatnya supaya abah dapat bawa mak pergi mana-mana kesukaan mereka... malangnya Abah hanya sempat duduk sahaja...kerana masa Kak So belikan kereta ini Abah dah tak sihat...
Cerita sebelum dapat kereta ini... Kak So menangis kerana, pada sepatutnya hari dapat kereta, kena tunda sebab hari raya Korban tak silap Kak So, Malam (Malam Raya Korban) tu pula nak jadi cerita, kena tunggu Tok Chu datang bawakan kereta nak bawa abah pergi Klinik... Kak So ikut.. Kak So menangis dalam hati....
Abah kak So dah meninggal..? Arwah bapak saya dah meninggal 16 tahun lalu. Masih terasa kesedihannya, kak So tapi saya tahu Allah SWT lebih sayangkan dia.
BalasPadamAl-Fatihah buat arwah abah kak So. Tapi saya mintak maaf banyak2 sekiranya saya tersalah faham entri ni ya..
Yer, Ayah Kak So dah meninggal dah... dalam 6 tahun, baru jer berbanding Dinas.
BalasPadamsalah paham yer... Kak So pon minta maaf yer, Kak So tak reti buat karangan macam Dinas dan Blogger lain yang selalu buat Kak So seronok membaca hehehhe
Entah la... Kak So tak suka sebut arwah... buat kak So sedih.. Dalam diri Kak So setiap hari bersembang dengan Abah... hingga hari ini... kerana abah Kak So rajin ajak berdiskusi dan bertelefon...
Gitu rupanya..sama la kita kak So. Saya pun ambik masa lama jugak nak guna perkataan arwah tu. Mula2 dulu rasa macam arwah bapak masih ada bila tengok kereta dia masih di depan rumah. Bila orang sebut pasal bapak saya dah meninggal, saya rasa marah sangat masa tu.
BalasPadamBila dah lama, saya mula menerima hakikat yg dia dah takda lagi. Tapi dia tetap di hati saya, tak pernah lupa ziarah kuburnya setiap kali cuti sekolah sampai sekarang.
kak so..
BalasPadamsama ngan saya la.niat nak belikan keta sebijik utk ayah dan mak..sbb keta yg dipakai skrg sgt uzur..tpi hajat masih tak kesampaian
Irfa : Kak So pun ni adik beradik yang tolong gak... sebab Kak So jer yang berangan lebih *senyum ja at*... perlaksanaan pula kebanyakan adik beradik Kak So heeeeeee sebab adik2 Kak So murah rezeki berbanding Kak So...
BalasPadamTak per, insyaalah satu hari nanti ada rezeki tu... Rezeki harimau hahahaha