Rabu, 30 November 2011

Katekyō Hitman Reborn! (家庭教師ヒットマンREBORN!

Kak So marathon cerita ini selama seminggu Encik Tiada... kah kah kah... ketagih.... korang yang tak minat "anime" jangan ngata tau... hehehehe

apa moral cerita kat sini... Kesetian pada kawan, tolak ansur, menerima siapa itu kawan, tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha... ini kelebihan cerita anime dari Jepun... Mesti selitkan nilai-nilai murni...
 
untuk penerangan lebih lanjut cerita ini  gi la cini

gambar diambil disini http://reborn.wikia.com/.


Tapi kan bila pula nak marathon alquran... hurmmmmmmm... Anime boleh, tak kan Alquran tak leh kot....

Isnin, 28 November 2011

Tolong ingat kan Aku! - JAWAPAN DARI ENCIK

Sila Tanya Suami Ku...

Kak So telah mengugut Encik untuk menjawab soalan ini hehhehe... nasib baik dia mau jawab:

Jumaat, 25 November 2011

29.10.2011 - HARI YANG PANAS

Selepas seminggu hari bekerja hujan turun setiap petang, maka pada 29.10.2011 (sabtu) Tuhan memberi cahaya kepada bumi ini untuk berehat seketika dari hujan...


Rabu, 23 November 2011

Entri Khas dari ENCIK

Encik PON nak masuk Blog... 
So ini adalah Entri Encik... 
tapi ada ke patut suruh Kak So taip-taip.... 
sungguh... 
bukan la Kak So, taip panjang-panjang ni...

Ahad, 20 November 2011

CAMNER BOLEH TERLUPA SAMPAI SEBULAN LEBIH NI?????

Patut la kerajaan hendak sangat buat lesen memandu 'mati' pada tarikh hari lahir...

Rupa-rupanya Kak So pun tergolong dalam kumpulan Pelupa juga ni aduhaiiii....



Nasib baik la ada roadblock, kalau tak sampai tahun depan pun Kak So tak ingat lesen kenderaan motor dah tamat tempoh aduhaiiii...

Cerita pasal roadblock, mau menangis sebulan Kak So kalau Cik Polis tu bagi surat cinta... nasib la motor Kak So rupa hidup segan mati tak mau, nak pecut pun tak boleh hahahah so encik polis pun tak berkenan nak tahan Kak So dan bagi surat cinta hahahahaha



lariiiiii..... Encik Polis saya janji saya akan perbaharui lesen kenderaan motor saya dalam kadar segera....

Jumaat, 18 November 2011

sapa buang anak ni ha..... gggrrrrr.....

Coba korang tengok ni... selamba sahaja buang anak tengah-tengah jalan ni... GERAM tau... eeeeeeeeeeeee.....


Rabu, 16 November 2011

12 November 2006 - Memori Blind Date

Disebabkan cukup la lima tahun, pada tarikh tersebut, kami, Encik dan Kak So, bertemu buat pertama kalinya... maka Kak So pun mengambil kesempatan ber"dating" dengan Encik ke tempat Kesukaan Encik pada 13.11.2011. 


Isnin, 14 November 2011

Taman Permainan -

Tetiba Kak So teringat pula tempat permainan pada masa itu sungguhlah seronok untuk dikunjungi :

Sabtu, 12 November 2011

Blind Date - Memori 2006

tempat :  Tempat duduk batu di Mac Donal PKNS Shah Alam
masa : 12.00pm - 1.30pm
Tarikh : 12.11.2006
hari : Ahad
Keadaan : Panas yang mendamaikan.
Pakaian : Encik - Seluar Jeans dan Baju t-shirt warna merah (warna kesukaan Encik ni)
               Kak So - Seluar Jeans, Baju t-shirt warna Kelabu, Tudung Kelabu

Pengatur : Bini paksu Kak So (maksu Kak So la)  a.k.a sepupu kepada "Encik".
Telefon pukul 9pagi suruh jumpa jer dulu, terpinga-pinga (ha...what?)

Khamis, 10 November 2011

Tolong ingat kan aku!

Sila Tanya Suami Ku...

1. Sudah cukupkah dandanan isterimu ini?

2. Sudah wangi kah isterimu ini?

3. Berserikah muka isterimu ini menyambut kepulangan mu wahai suamiku?

4. Cantik dan kemaskah pakaian isterimu ini?

5. Sesuaikah berat badanku ini dengan citarasamu wahai suamiku?

6. Senyuman isterimu ini mampukah meredakan gelisah hatimu wahai suami ku?

7. Adakah isterimu ini pengurus rumahtangga yang baik?

8. Wangi dan kemaskah kamar beradu kita wahai Suami ku?

Peringatan untuk tahun hadapan

Encik : Tahun depan kita buat korban pula yer... insyaallah kalau ada rezeki lebih kita buat yer... Bukan mahal mana pun...

Kak So : wokey.... (ehhh tapi Kak So punya akikah dah buat ker? tanya dalam hati jer)

masih memikirkan soalan ini!!!

Rabu, 9 November 2011

Hadiah dari Mak dan Abah

Ini adalah hadiah dari Mak dan Abah sempena nak mengambil SPM... Mahal betul pada zaman tu rasanya hehehehe... Walhal RM26.40 kot tak silap Kak So. Jauh beli ni... Abah dan Mak suruh Kak So pilih sendiri.. Jadi ini adalah hadiah dari Abah dan Mak, tapi pilihan Kak So... Gumbira....



Ahad, 6 November 2011

lain kali, cakap siang pandang-pandang tau...

Ini alkisahnya berlaku pada Kak So menyambut Encik di luar rumah nak masuk kedalam rumah sambil membawa barang yang dibeli oleh Encik, kami sembang-sembang berdua kuat gamaknya :

Kak So : Beli kat mana?

Encik : Kat kedai Jawa, biasalah mereka........ (Kak So tak ingat baris ayatlah....)

Petang itu kami dalam perjalanan pulang ke kampung Encik untuk Hari raya Qurban, Kak So buka la FaceBook Mobile.... ermmm terkejut keluar ayat ni dari JIRAN Kak So sendiri tu... Kak So tunjuk pada Encik


Jumaat, 4 November 2011

Hadiah untuk Encik

Sudah lama tak bagi hadiah untuk Encik...
Encik suka kalau bab-bab terima hadiah ni, sengih memanjang ler dia nanti hehehehe
so... fikir punya fikir...
Kak So hadiahkan la Encik ini, Sarung tangan untuk naik motosikal dia nanti....

errrr sepatutnya sarung ni untuk buat kerja-kerja pertukangan kah kah kah

Rabu, 2 November 2011

Hadiah TERAKHIR Dari Abah

Ini adalah hadiah Abah sebelum dia "Pergi Tak Kembali Lagi".....
Berusaha dia suruh Mak pergi belikan juga Kain pasang untuk anak-anaknya buat Baju Raya...


Kain raya terakhir dari Abah untuk Kami.....