Selasa, 4 Julai 2017

Campak- daun semambu - vapaley punya cerita raya

Anak berjangkit campak dari sepupunya masa raya baru ni.
Selepas demam tiga hari, kuar la bintat di tapak kakinya.
ok, sekarang sedang menunggu dengan sabar untuk bintat bintat itu keluar dengan jayanya, walaupun setakat hari ini masih di tapak kakinya sahaja hihihi.

berkait dengan campak ini terus la mencari diserata alam maya hoohoo iaitu daun semambu. Maklum la kali terakhir keluarga Kak So kena campak adalah 20-30 tahun yang sudah hahahaha jadi ingatan daun semambu tu memang kosong... yang ingat hanyala abah bawa balik dahan semambu untuk beberapa hari mandi, lepas tu abah ramas daun semambu dalam baldi dan kami mandi guna air tersebut.

Petua cari daun semambu senang jer bagi yang tak pernah kenal, iaitu cari di rumah orang india. mereka guna untuk buat sembahyang, jadi, kebanyakkan memang tanam pokok ini, kalau boleh minta dengan mereka, minta la, selalunya mereka memang bagi hahahaha... tapi ada syaratnya kena letak duit syiling. Nota penting yang kak So nak sampaikan adalah nama daun semambu dalam bahasa tamil adalah "vapaley" yer hohoho

ok gambor nanti la kak so letakkan seba laptop ni hidup tak hidup ikut suka hati dia hahahaha

apa pun salam syawal untuk semua...  Kak So beraya dalam rumah takut berjangkit plak nanti hihihi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan