Selasa, 18 Jun 2013

"Abah tiada duit dah" kata Abah

Suatu hari abah panggil masuk bilik....
Hanya Abah dan Kak So sahaja. Abah berdiri dihadapan Kak So,
"Kak So, mari abah nak cakap sikit" dalam hati,
alamak.... apapasai ni?




"Abah cuma nak bagitau kalau abah hantar borang permohonan ini memang Kak So akan dapat masuk sekolah.... tapi abah dah tiada duit dah... sebab hantar anyah ke sekolah dah adik-adik lagi... Kak So sekolah jer la dekat sekolah sekarang, boleh??"

Dalam kepala Kak So waktu itu terbayang kekawan yang telah pun belajar kat sekolah itu.... aduhai.... tertinggal la Kak So.... "TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK" semua itu hanya bergema dalam hati.... Sedihnya hati.... memang Kak So tertunduk...."Otak.... cepat fikir....!!!!!" Anak sulung kena beralah!

"tak per la abah, Kak So belajar la kat sekolah sini...."
"betul ni tak per?"
"ha ah... tak per la...." tersengih lebar sambil gelak-gelak
"ok la macam tu...." abah sambung nada perlahan....
"Kak So dah boleh keluar yer abah" Kak so rasa nak cepat-cepat keluar dari bilik itu... sesak sungguh rasanya... walaupun tengah  tersengih-sengih menyakinkan Abah bahawa Kak So tak apa-apa...
"ok" kata abah
Kak So keluar dengan segeranya sambil menitis air mata - setitis sahaja... cepat-cepat kesat sambil senyum lebar menyakinkan emak dan adik-adik (kalau la mereka tertanya-tanya apa yang abah sembangkan) yang Kak So ni tak apa-apa....
Hendak terus padamkan ingatan ini......
teruskan kehidupan ini....




















sehingga detik ini tidak pernah nak salahkan abah atau sesiapa.... dah memang bukan rezeki....
terima kasih Allah.... memang ada hikmah tersembunyi sebenarnya.....  Allah beri lebih  selepas ini rupanya....

2 ulasan:

  1. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan Kak So kerana sudi berkorban demi adik2 & menjaga hati abah. Ada hikmahnya, perancangan Dia adalah yg terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer la kak... perancangan Allah adalah sebaik-baiknya....

      Padam