Rabu, 29 Februari 2012

HATI PANAS - HATI-HATI SEMASA DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Edisi sakit hati... jadi kepala agak mereng sedikit..... hati panas membara yang menaip ni...

Kepada Semua yang hendak menukar Kad pengenalan Baru, terutamanya di Jabatan Pendaftaran Negara Shah Alam, Selangor... Sila pastikan nombor giliran anda....

Ini kerana Kak SO baru mengalami no giliran yang tidak dipanggil.... Dan Kak So disalahkan kerana tidak melihat di papan no giliran... Walhal papan giliran tu betul-betul depan mata Kak So... Tak kan la Kak So tak kenal nombor yer dak....



Kesudahannya Kak So diberi no giliran baru ini.... Korang apa rasa?

Rasanya Kak So muda belia lagi... OKU jauh sekali, tak tahu ler dalam masa terdekat ini...


Yang bestnya masa Kak So dah sampai ke kaunter ambil data tu boleh dia cakap "ramai orang kata nombor loncat, walhal JPN tak pernah salah" (Takkan mereka tak ambil apa2 tindakan kalau ramai yang kata macamtu)... Kak So dah terkena... Jadi memang betul la apa mereka cakap!!! - Edisi sakit hati... SILA ABAIKAN -

Bila hati marah begini la jadinya... sepatutnya buat jer aduan kan... tak payah sakit hati


JADI......................
PENGAJARAN NYA...
Mohon semua agar sentiasa memeriksa nombor giliran... jika terlepas satu nombor pun sila ke kaunter NOMBOR GILIRAN... (dia akan beri no. giliran seperti Kak So la hehehehe) kerana Kak So tunggu sampai no giliran dah kesepuluh baru Kak So nak bising-bising - padan muka Kak So hahahaha

Sekian, EDisi pAnAs Hati...............


*psssstttttt : sebenarnya ini kejadian terpencil, tetapi sila berhati-hati, jangan jadi macam Kak So yer*

4 ulasan:

  1. Ohhh dik So, kalau akak memang terus isi borang aduan. Sejak dah tua ni akak dah kurang kesabaran dengan perkara2 macam ni. Kalau dema silap & mintak maaf, akak ok tapi kalau dema cakap kurang sopan & sombong, terus ja akak isi borang aduan. Ada sekali tu, borang aduan habis, akak pi korek sampai dapat kertas kosong & karang surat aduan. Tak bleh dibiarkan.

    Inipun masih boleh lagi pergi ke website Jabatan Pendaftaran Negara tu dan cari sampai dapat bahagian mana yg kita boleh buat aduan.

    Huih akak pulak yg panas hati nih..

    BalasPadam
  2. Kak DinaS... Gigihnya nak buat aduan yer... hehehehe... Betulla menjak2 dah matang ni makin kurang pulak kesabaranya hahahaha...

    Tu la... ayat salahkan kita seratus peratus yang tak tahan tu...

    Dia pun manusia, manusia yang buat program tu, mesti ada silap sikit, jangan bergantung sepenuhnya pada Teknologi canggih ni... mesti ada silap sikit-sikit...

    Kak Dinas jangan panas hati sangat yer *kenyit mata gatai cikit hahahaha*

    BalasPadam
  3. Kalau saya, memang saya buat aduan serta merta.

    BalasPadam
  4. Mak Wardah : saya ni entah la... kalau kena diri sendir tak pandai nak buat...

    TAPI kalau kena kat orang lain saya sanggup tampil kat depan...

    apara hehehehe

    BalasPadam