Selasa, 16 April 2019

katak punya pasal 14.04.19

adoiii hai la katak, kerana ko punya pasal ler, seleuruh petang jumaat ku yang indah jadi huru hara.

pukul 7.30 pagi
kalut kalut masukkan pakaian yang hendak dibasuh dalam  mesin basuh yang berada diluar belakang rumah. selesai misi tekan butang mesin, tutup la pintu, sekali pintu tak boleh nak tutup, terpantul plak... ehh napa ni,.. ehhh kuat kuat tutup pintu tu balik.

pukul 8,30
operasi buka pintu dapur bagi cahaya masuk selepas hantar anak ke PASTI. buka buka jer pintu terus nampak katak kat hujung pintu. ko la katak suka benor la dok ceruk situ, ku  bebel bebel ngan katak. sejenis suka bersembang ngan apa saja jenis binatang.

ehhh dia tak gerak la, selalu di mesti bergerak ke arah kita... apa lagi ambil batang peyepit sampah kedai RM2.10 tu kuis kan dia ke tengah simen luar...

sekali tu dia, katak penyek da......  siap lunjur lidah panjang dia... alamak... mampus udah ke katak ni, satu kerjaan plak nak kutip humban dalam longkang nanti. perhatikan dia ehhh ada bernyawa lagi.

tekak dah kembang, wuekkkkkk tak leh tahan, tetiba bergelora perut, lari masuk bilik air, tu dia muntah air luncur jer keluar hahahaha

selesai muntah, pergi balik kat katak tu tengok, tutup pintu. ingat nak suruh Encik balik, tapi pikir balik nanti la, nampak bernyawa lagi katak tu... tunggu petang karang, kalau arwah, baru panggil encik balik.

11.30 pagi
ambil anak balik rumah. sebelum tu singgah kejap ke kedai beli teh ais kawww kat tepi jalan tu. pastu tuju ke rumah biras, hantar barang untuk kenduri kawen adik biras. pastu balik rumah.

12.30
anak2 asuh solat jumaat sampai. tolong jaga anak jiran kejap sementara apaknya g solat jumaat. apaknya bekerja dari rumah. so bini tak sempat nak balikk, minta tolong tengokkan kejap.

bermula edisi huru hara hahahahha

pastu tetiba teringat plak mana plak beg duit aku ni... udah gelbah, suruh anak cari kejap. maknya dah pusing pusing satu rumah luar dalam kereta mencari... ehhh mana plak la...

anak asuh plak sibok panggil mak, mak, mak, selagi tak bersahut selagi tu la panggilnya kita. bukan nak apa pun nak cakap mak jer *tepuk dahi* ye la udah besar deme tu, 3 tahun dan 5 tahun dah.

masa ni adik deme yang kecil 1 tahun tak sampai lagi. udah gelabah, wassap biras, tolong tengokkan kot cicir. Tak puas hati lagi, ambik kunci kereta, g balik gerai beli air tu, kot2 cicir ker, budak tu pun tak perasan. tak per la kak nanti kalau ada orang jumpa dia bagitau.

pukul 1.00 tengahari
buka pintu belakang, nak tengok katak tu hidup lagi ke idak. sekali nengok dah tak ada batang hidung dah katak tu, lega rasanya.

kul 3.00 petang
telefon bank suruh halang penggunaan kad atm. nasib satu bank jer yang ada hahahaha

kul 3.30 petang
baru jumpa beg duit tu, rupanya dibelakang tombol pintu bilik jer... macamana la ingatan tu nak sangkut beg tu kat situ adoiii tak pernah pernah dibuat, semua gara gara asyik teringat katak punya cerita la ni...

Pengajaran.
kome pikir la sendiri hhahahaha

Isnin, 15 April 2019

udah ganti puasa ke kome

tu jer nak tanya...
Bab nak ganti puasa ni memang perlu satu kekuatan yang sangat hebat.
Kak So pun jenuh juga la nak ganti puasa.
Bulan penuh berkat, ambil la semangatnya untuk ganti puasa.

Rabu, 10 April 2019

TEH OPAH

zaman Kak So kecik kecik, kalau balik kampung umah opah di kuala kangsar ni, air teh dia manis benor la hai...  tak sudah sudah minumnya, sebab manis sangat hahahaha semanis manis rumah kami yang mak buat manis tu, opah punya lagi la manis berdengung hahahaha

Sapa nak tahu manisnya air teh opah ni, kalau ibu ibu ngandung kena minum air gula, ha itu la manisnya hahahaha jadi bila orang lain jenuh nak abiskan air gula kat klinik tu, Kak So minum dengan herannya. masa tu tak terpikir dah dibiasakan oleh air teh opah hahahaha.

Sekarang opah dah tak buat manis dah hahaha menjak menjak eacik dan maksu dok umah opah, deme pun tak lalu nak minum manis manis. Kak So bila dah kuar dari rumah mak, baru la kurang minum manis, tapi masih kategori manis la kalau orang lain rasa, siap tambah air masak hahahaah

Teringat masa kenduri tahlil abah, semua yang datang bising air manis giler, siap minta air masak... mengelupur mak keluarkan air masak.