Khamis, 7 Februari 2019

periuk baru

periuk kegemaran Kak So hahahaha
periuk ni best sebab tak hitamkan bontot kalau dah lama guna.
yang ni baru beli tak tahu macamana ketahanan dia terhadap bocor.

yang hat lama jenama Giant memang terbaik, tapi nangis nak belinya - harga mahai sangat.
Tebal dan bila masak, panas dia bertahan lama.
bila nak beli lagi, tengok udah makin nipis plak periuknya, rasa tak berbaloi dengan harga.
tu sebab kak so cari hat murah murah jer sekadar tempat memanaskan kuah dan lauk pauk.

Hat ni saiz paling kecil, tengok harga, ok la.. yang hat saiz 16, saiz biasa yang digunakan untuk memasak pula rm9.++ ok la kot sempena perayaan tahun baru cina. kalau tak tak dapat harga ni.

Tips Kak So nak beli periuk, jentik sikit bontot peiuk tu, bezakan kalau tebal dan nipis. Kak So suka yang tebal.

*kenapa la tak keluar perkataan yang betul untuk bontot hohoho*