Sabtu, 15 Disember 2018

cinta kepada Encik

Cinta yang penuh keajaiban
cinta yang penuh amukan cinta
cinta yang penuh nafsu
cinta yang tertangung atas tanggujawab
yang terikat dengan ikatan yang suci

Cinta kepada Encik,
lewat sekali hadirnya,
lewat sekali dimakbulkan permohonan ini,
mungkinkah kerana meminta kepadaNya,
yang melebihi kemampuan diri,

Doa yang dimohon dari berumur 10 tahun
dimohonkan berjumpa seorang suami yang BAIK

Memang Allah berikan yang terbaik kepada Kak So
biar lambat
biar lewat
tetap ditunaikan permohonan ini.

Terima kasih Allah
Syukur doa Kak So Allah tunaikan.


Isnin, 10 Disember 2018

cinta pertama dari sisi lain

Dalam mata dan hati mengejar cinta pertama
diri ini juga cinta pertama kepada orang lain
cinta pertama yang tidak pernah terucap
tidak pernah diikat
tidak pernah juga dilerai

lama jua dia mencari
setelah zaman FB baru berjumpa
bertemu disitu
bertanya kabar
dan berlalu pergi
jua


terima kasih wahai manusia




Ahad, 9 Disember 2018

cinta pertama

cinta pertama cinta yang tak pernah terucap
tidak pernah diikat dan tidak pernah dilerai

cinta syok sendiri jerla benornya hahaha
lama tu 2012-1990
22tahun lamanya

satu hari terlerai
bila dia menyapa
menghilangkan
rasa cinta
rasa rindu
kepadanya

terima kasih Allah
Walau lama hendak tunaikan doaku menemui dia
tapi yakin pada masa yang betul
maka doa itu akan termakbul.

terima kasih Allah
memberi satu perasaan cinta yang sangat luarbiasa
sama ada kami saling rindu, saling mengingati atau tidak selama ini hanya Allah jua yang tahu.
sebab ada bait bait yang sungguh mendalam dalam sapaan itu.

KINI
semua perasaan itu telah pergi jauh...
telah lupa ingatan kepadanya
mungkinkah kerana usia?
entah lah


coretan sambil dengar lagu lama hahahaha



Rabu, 5 Disember 2018

laki bini 2018

sorang awek muda
sorang awek tua
seorang orang kata umurnya baru 30an
seorang orang kata umur 60an
*kalau jenjalan orang pelik nengok anak bermesra ngalahkan ngan bini walhal memang bini pon koh koh koh*

seorang terlebih zat
seorang papan sekeping
*si laki nengok bini macam tak cukup zat, takut jadi macam bini tu yang makan sedap tu, si bini plak nengok laki makan, takut rasanya badan jadi macam laki dia hahahaha*

sorang dah berhijrah lebih baik
seorang lagi masih terkial kial
*laki dah jumpa jalan damai nya mencari si pencipta, bini nya pula masih terkial kial dengan hidup dunia.