Sabtu, 31 Mac 2018

encik dan kebun bandarnya



bila encik kak so semangat nak bertanam hahaha ini semua gara gara pokok cili dia hidup, gembira benor dia nak bercucuk tanam. walhal yang hidup tinggal 3 pokok jer, yang lelain tak tau macamana boleh mati hahaha

ulam raja


kak so baru tahu cara tanam ulam ni, senang yang amat hahahaha humban saja batangnya yang kita makan tadi kat tanah, insyallah hidup la dia hohoho
nasib ada fb, group kebun bandar.

itu usia 2 minggu, seronok rasa hati dia hidup ramai ramai dalam pasu tu.

ramuan tuam bayi


ini adalah bahan tuam bayi yang mak kak so buat:
1. lada hitam
2. halba
3. biji sawi
4.ketumbar
5. bawang putih

kalau opah kak so plak sekadar cintan manis jer hahaha





Isnin, 19 Mac 2018

kemalangan

Kak So tepek gambor dulu, sebab banyak nak dibebel kikiki







tutorial mkvtool utk rujukan sendiri jer

nak buat simpan jer, ipar tanya camner nak buat, gigihla kak so tangkap gambor hantar wasap kat dia. gambar tunggang terbalik sebab masukkan melalui tepon huhuhuhu













barang saya yang ada kat rumah mak

tak tau la orang lain, kalau kak so, nak balik rumah mak atau balik belah pahang, rasanya nak angkut rumah kan, senang jadi hahaha

benornya ni ambik gambar untuk rujukan barang apa yg ada tinggalkan disana supaya tak perlu la bawa dah.

Sabtu, 17 Mac 2018

dadeh

balik rumah mak, tetiba mak cakap, jom buat dadeh, lama benor tak makan, teringin plak, sambil mak masuk dalam bilik ambil resepinya. cakap kat mak, ehhh mana saya pernah buat dadeh la mak, bukan dengan saya, mungkin dengan adik ke 6, sekali mak jawab dan hulurkan resepi, dengan ko la, nah ni resepi, sekali tengok tulisan resepi huhhhhh memang saya yg menulisnya kah kah kah, tandanya lama giler dah tak buat.



Sabtu, 10 Mac 2018

Anak Saya Sudah tadika

punya lama tunggu zuriat... ehhh tetiba anak sudah pun masuk tadika... kejap jer kan tapi tadika 4 tahun di PASTI la...

Fuhhhh umur 4 tahun pun dah dah kena belajar tulis tulis pegang pensil sekarang ni. Cikgunya cakap nanti masa umur 5 tahun lagi banyak dia nak kena belajar, oleh sebab itu umur 4 tahun mesti dah pandai pegang pensil tulis tulis.