Rabu, 31 Disember 2014

hebatnya Ujian untuk mereka

Allah,
tak termampu nak berbuat apa kepada mangsa banjir di Kelantan,
Sehingga hari ini tidak diketahui bilangan mangsa yang terkorban terutama di manik urai,
Terima kasih la dengan kewujudan FaceBook ini,
kerana media massa tidak menunjukkan kawasan yang paling teruk dilanda banjir,
Terima kasih kepada Facebook perseorangan yang berjaya membawa kami yang tidak dapat bersama sama menolong untuk mengetahui keadaan sebenar.
Hanya doa dan linangan air mata sahaja yang mampu Kak So lakukan setiap kali membaca maklumat.
Sedihnya



Isnin, 29 Disember 2014

ratib bersama

kami dodoi kan kamu dengan ratib kepadaNya...
Allah,
sangat cantik,
diberinya suara kepada bayi kami agar kami dapat beratib bersama


Jumaat, 26 Disember 2014

Felda Tersang yer bukan teransang yer hihihi

Lucah sungguh kekadang bunyinya hihihihi
atau adakah fikiran Kak So yang mereng kot hihihi




up date sekali banjir melanda

Rabu, 24 Disember 2014

RESTORAN RAMLY BURGER - sedapnya...


Entri lama, baru nak kuar kan hihihihi

Tempat Kak So ada restoren Ramly Burger... setiap hari lalu, tak pernah singgah pun, sebab dulu tak tau pun dalamnya ada restoren, ingatkan tempat jual burger dan segala mak nenek mengenai burger hihihih. Suatu hari entah apa angin, Encik dan Kak so telah singgah buat pertama kalinya...
wauu baru tahu macaman rupanya restoren itu hihihihi..

Selasa, 23 Disember 2014

kekadang

sangat "sweet" rasanya
umur dah tiga bulan dah ni
alahai la anak


Isnin, 22 Disember 2014

Masin kata doktor ni hihihi

Tapi itu setahun yang lalu huhuhuhu dan masa tu baru sangat lepas kena bedah, mana mungkin ikut akal logik hihihih walaupon dalam hati meng-aminkan kata doktor itu hihihi
 tetapi sebenarnya pada waktu itu, Kak So pun ada terasa macam mengandung... macamana nak cakap yer, kalau orang dah mengandung, dia boleh agak2 dah, ada satu rahsia Allah kurniakan untuk para isteri hihihi


Khamis, 18 Disember 2014

Solat sambil dukung bayi

Selama hari ini tak pernah terpikir pon...
sanggup tu tunggu kepulangan Encik, tapi satu hari nak jadikan cerita Kak So tak sempat nak tunggu Encik sampai rumah,  pukul 8 lebih baru Encik pulang...
Maghrib tak lama...
dan pada waktu ini la paling banyak nak meragamnya,- mak tak leh hilang dari mata huhuhu

Selasa, 16 Disember 2014

Telegram sudah boleh dibuka melalui komputer

Semalam Encik dapat telegram menyatakan bahawa telegram sudah boleh dilayari melalui komputer.
Fuhhh senang hati Kak So... maklum la, guna handset paling cikai, jadi wassap jer yang boleh di-"install" itu pun nak update dah tak boleh, sebab tak cukup "space" katanya huhuhuhu
tapi kan, macam tak aktif sangat Kak So punya telegram hihihi



https://telegram.org/



https://telegram.org/

Isnin, 15 Disember 2014

Demam kali pertama - 20.11.14 - 22.11.14



Wahai anak kesayangan kami,
Demam kali pertama ini amat merisaukan kami...
berapa banyak klinik kami jajahi,
semoga sentiasa sihat dan kuat hendaknya.

Khamis, 11 Disember 2014

Hasil kreatif seorang Jiran

Kak So ada jiran yang pandai mengait dan menyulam
terima kasih kepadanya,
hadiahkan anak Kak So sebiji hasil tangan,
amat bermakna pada kami....
terima kasih Jiran,
Semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati keluarga jiran Kak So ini...





Isnin, 8 Disember 2014

Cameron highland punya hal hihihi

Satu Kenangan,

satu - satunya barang kenangan yang Kak So beli adalah sekaki payung yang tulis cameron highland bercorak buah strawberi hihihi.. itu pun sebab hujan, kalau tidak hujan memang tak membeli apa-apa la jawabnya hihihi