Selasa, 27 November 2012

Satay Hj Shamsuri di PKNS Shah Alam..


Penat weiii nak ke Kajang sana...
Dengan jalan bersimpang siur...
Bagi kak So dan Encik yang tidak biasa dengan jalan sana...
amat mengerikan.... hahahhahaa
Baik la kami makan kat cawangannya sahaja....




ada orang istimewa tu cakap Kak So GARANG.... ehhhh i memang GARANG tau.... hehehhee

Sabtu, 24 November 2012

Model Beg tangan jer pon

Pompuan dan handbeg...
Memang la tidak boleh dipisahkan....
Tapi nak jadi model????????


Kak So ni nak jadi model kejap jer....
ala model beg untuk mms jer pon
Tapi Tuan penasihat Kak So sangat mementingkan kualiti tau...
cuba la lihat gambor dibawah ni

"tangan letak macam ni... aaaaa nampakkan ni tau" kata Tuan Penasihat

seee... Tuan penasihat punya tangan masih nampak lagi tu hehehehe


Sangat sayang kat tuan penasihat ni
Penasihat terbaik didunia....
MAKKKKKKK saya sayang mak!!!!
Terasa kasih ibu itu sampai bila-bila bila mak buat begini selalu

Masa Kak So bernikah pun Mak Kak So ajar tau cara nak Posing-posing masa bergambar tau hehehehe...
o o o rindu saat itu... Mak cakap "berdiri kat sana, senget sikit badan tu, senyum la" "duduk bersimpuh, nampak ayu sikit dan senyum" hehehhe

Isnin, 19 November 2012

Niat nak sedekah... tapi Basi sampai dahulu

Masa beli durian hari itu.... Kak So telah berangan nak buat bubur campur durian... fuihhhh sodap kan..... bila cadangan dibuka, telah disambut segera oleh Encik, "boleh kita bagi jiran-jiran kita juga"

tapi itu ler... kalau dah bukan rezeki, tak dapat juga nak bagi jiran merasa.... Insyaallah ada rezeki, boleh la kami bagi jiran-jiran...





Sabtu, 17 November 2012

Jumaat, 16 November 2012

BUMI PALESTIN





SUMBER
1. Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)
2. Blog Mini-Pavilion
3. Team Palestina
4. saifulislam

susahnya nak jumpa durian yang terasa di tekak ni....

Menjak-menjak menikah dengan Encik ni, payah benor nak jumpa Durian yang terasa ditekak ni...

Masa dulu belum kawen abah dan mak panggil balik makan durian, zupppppssss sampai kampung, Entah camner la Abah dan mak pilih durian kan, sedap jer kat tekak Kak So ni.... Abah ngan mak kalau beli durian selalu beli dua GUNI..........2guni tau... tak main ler 5 biji, umat ramai o o o o semua peminat durian hahahaha...

Kak So rindu durian Opah kat Kuala Kangsar tu.... sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa hehehehehe

RM10.00 = 5 biji... dari 5biji itu... 2 biji memenuhi citarasa Kak So...

isi nipis jer.... Janji lepas terasa di tekak Kak So

Isnin, 12 November 2012

Ikan Bos

Apa tah mimpi Bos,
Beli ikan Laga letak kat pejabat....
dan dibelinya, esok nak raya haji....
"sapa nak bagi makan cuti 3 hari tu bosssssssss?????"
Bos jawab senang jer....
"U letak banyak-banyak lepas tu cakap kat ikan tu jimat-jimat makan yer"
Sabor jer la dengornya....
Sila tepuk dahi kejap hehehehehe
Sudahnya Kak So angkut bawa balik kampung Encik la........


Ikan ni tiada kawan, sudahnya Kak So ambil cermin letak kat sebelah dia.... baru lah jadi Ikan laga kan... tu yang kembang-kembang ekor tu hehehehee

Ahad, 11 November 2012

Vadai buatan Encik - cantikknya Allah susun hidup Kak So 2

Encik......
dah lama teringin masak vadai - buatan sendiri tak mahu yang dibeli
Oleh itu.... Malam tadi tergeraklah juga hati memasak nya...
Encik kata nak masak vadai kenalah pakai kain pelikat... ala-ala macam mamak masak juga hehehehe


Khamis, 8 November 2012

Facebook sudah berwajah baru kah?




Dating Waktu Kerja 1

Seronok kan dating waktu bekerja... Orang lain sibuk fikir kan pasal kerja, Kami pula bergumbira menikmati waktu rehat....  lain rasanya cuti waktu cuti dan cuti waktu bekerja rupanya hahahaha... Lepas ni Kak So dan Encik nak buat selalu la hehehehehe


Encik Kata tak puas la sebab order pizza single punya...

Isnin, 5 November 2012

STRESSSSSSSSSSSSSS

Kak So sangat Stress sekarang ini....
Ada seratus lebih Invoice Kak So kena siapkan dalam Kadar segera waaaaaaaaaa (nangis)
Rasanya tekanan ini lebih hebat dari  Invoice yang dahulu

ini ler rupanya kalau tak disusun- bersepah

Khamis, 1 November 2012

Taufan Sandy di Bilik Kak So

Sabor jer la.....
Ingat Kak U.S sahaja kena Taufan Sandy ni.... (semoga mereka yang mengharungi taufan ini disana dapat menempuh ujian ini)
rupa-rupanya bilik Kak So pun kena juga....
aduhai...