Sabtu, 19 Januari 2013

Muslimah Rempit a.k.a Kak So...

Assalamualikum kepada yang sudi menyinggah....

Lama Kak So tidak menulis...

Terima kasih pada Puan Irfa bertanya khabar... Ada lagi Kak So... rajin jer skodeng-skodeng blogger lelain... cuma tidak berkesempatan nak berceritera.... dalam kepala otak ni setiap hari dah buat skrip, tetapi... tu la... tinggal dalam kepala jer....

Cuma hujung tahun sehingga awal tahun ini keadaan sangat tidak mengizinkan Kak So bercerita kerana:
1.  Kes 1- stressssssssssssss
     Selepas kejadian kes ini terasa badan nak berehat sangat-sangat.... Letihnya membawa ke awal tahun. 
     Dekat pejabat pun Kak So banyak tidor, terima kasih pada bos yang memahami...

2. Kes 2 - Motor - Honda
    Dari Oktober sehingga la Disember, Kak So telah mengaku kalah dengan kuasa motor Kak So yang dah 
    tua sangat ni... orang cakap "dah tak leh g dah"... sudahnya Kak So menumpang la dengan Encik... 
    Kesannya Pukul 6.30pagi dah keluar, Sampai rumah pula 9.30malam... tak tahu la Kak So bagaimana 
    orang lain, tapi Kak So rasa sangat "lunyai".... bertabah sangat masa melalui keadaan ini huhuhuhuhu....

3. Kes 3 - Durian
    Durian yang dibeli Encik pada 15.12.2012, tak sesuai sungguh dengan tekak Kak So... Buah tu ada letak 
    ubat apa yer, ala yang untuk cepatkan buah itu masak? ataupun Kak So tidak mahu minum air dari 
    pangsa  Durian pada hari itu... dan kekonon tak perlu nak minum air masak dah, sebab tidur 
    dalam aircond la katakan.


Kesudahannya Kes 1 + Kes 2 + Kes 3 diatas = DEMAM seminggu... membawa ke awal tahun....

Apapun Alhamdullillah... sekarang beransur sihat dan kurang sikit tekanan walaupun Kak So dan Encik akan menghadapi Sekali lagi Gelombang Besar dalah dunia pekerjaan. Moga-moga kami dapat menghadapi Ujian yang sangat kecil ini berbanding orang lain.

Tahun 2013 benarlah tidak pasti lagi keadaannya, dengan politik, ekonomi, sosial dan terbaru cerita antu kat Uitm Ledu lagi... pasti ramai dah tahukan isu-isu semasa....


Apapun sekali lagi heheehhe... semoga kita semua dapat mengharungi hari-hari mendatang....

Sabtu, 1 Disember 2012

Hari raya 2012 : Taman Perumahan Kak So

Alhamdullillah.... Rajin juga Persatuan Taman Perumahan Kak So ni... Ada semangat Muhibbah juga... Seronok tinggal dikawasan perumahan ini... rasa Bertuah juga....


Selasa, 27 November 2012

Satay Hj Shamsuri di PKNS Shah Alam..


Penat weiii nak ke Kajang sana...
Dengan jalan bersimpang siur...
Bagi kak So dan Encik yang tidak biasa dengan jalan sana...
amat mengerikan.... hahahhahaa
Baik la kami makan kat cawangannya sahaja....




ada orang istimewa tu cakap Kak So GARANG.... ehhhh i memang GARANG tau.... hehehhee

Sabtu, 24 November 2012

Model Beg tangan jer pon

Pompuan dan handbeg...
Memang la tidak boleh dipisahkan....
Tapi nak jadi model????????


Kak So ni nak jadi model kejap jer....
ala model beg untuk mms jer pon
Tapi Tuan penasihat Kak So sangat mementingkan kualiti tau...
cuba la lihat gambor dibawah ni

"tangan letak macam ni... aaaaa nampakkan ni tau" kata Tuan Penasihat

seee... Tuan penasihat punya tangan masih nampak lagi tu hehehehe


Sangat sayang kat tuan penasihat ni
Penasihat terbaik didunia....
MAKKKKKKK saya sayang mak!!!!
Terasa kasih ibu itu sampai bila-bila bila mak buat begini selalu

Masa Kak So bernikah pun Mak Kak So ajar tau cara nak Posing-posing masa bergambar tau hehehehe...
o o o rindu saat itu... Mak cakap "berdiri kat sana, senget sikit badan tu, senyum la" "duduk bersimpuh, nampak ayu sikit dan senyum" hehehhe

Isnin, 19 November 2012

Niat nak sedekah... tapi Basi sampai dahulu

Masa beli durian hari itu.... Kak So telah berangan nak buat bubur campur durian... fuihhhh sodap kan..... bila cadangan dibuka, telah disambut segera oleh Encik, "boleh kita bagi jiran-jiran kita juga"

tapi itu ler... kalau dah bukan rezeki, tak dapat juga nak bagi jiran merasa.... Insyaallah ada rezeki, boleh la kami bagi jiran-jiran...