Lama Kak So tidak menulis...
Terima kasih pada Puan Irfa bertanya khabar... Ada lagi Kak So... rajin jer skodeng-skodeng blogger lelain... cuma tidak berkesempatan nak berceritera.... dalam kepala otak ni setiap hari dah buat skrip, tetapi... tu la... tinggal dalam kepala jer....
Cuma hujung tahun sehingga awal tahun ini keadaan sangat tidak mengizinkan Kak So bercerita kerana:
1. Kes 1- stressssssssssssss
Selepas kejadian kes ini terasa badan nak berehat sangat-sangat.... Letihnya membawa ke awal tahun.
Dekat pejabat pun Kak So banyak tidor, terima kasih pada bos yang memahami...
2. Kes 2 - Motor - Honda
Dari Oktober sehingga la Disember, Kak So telah mengaku kalah dengan kuasa motor Kak So yang dah
tua sangat ni... orang cakap "dah tak leh g dah"... sudahnya Kak So menumpang la dengan Encik...
Kesannya Pukul 6.30pagi dah keluar, Sampai rumah pula 9.30malam... tak tahu la Kak So bagaimana
orang lain, tapi Kak So rasa sangat "lunyai".... bertabah sangat masa melalui keadaan ini huhuhuhuhu....
3. Kes 3 - Durian
Durian yang dibeli Encik pada 15.12.2012, tak sesuai sungguh dengan tekak Kak So... Buah tu ada letak
ubat apa yer, ala yang untuk cepatkan buah itu masak? ataupun Kak So tidak mahu minum air dari
pangsa Durian pada hari itu... dan kekonon tak perlu nak minum air masak dah, sebab tidur
dalam aircond la katakan.
Kesudahannya Kes 1 + Kes 2 + Kes 3 diatas = DEMAM seminggu... membawa ke awal tahun....
Apapun Alhamdullillah... sekarang beransur sihat dan kurang sikit tekanan walaupun Kak So dan Encik akan menghadapi Sekali lagi Gelombang Besar dalah dunia pekerjaan. Moga-moga kami dapat menghadapi Ujian yang sangat kecil ini berbanding orang lain.
Tahun 2013 benarlah tidak pasti lagi keadaannya, dengan politik, ekonomi, sosial dan terbaru cerita antu kat Uitm Ledu lagi... pasti ramai dah tahukan isu-isu semasa....
Apapun sekali lagi heheehhe... semoga kita semua dapat mengharungi hari-hari mendatang....
semoga bertambah tabah menghadapi kehidupan ini.....
BalasPadamselamat berhujung minggu.....
sedang bertabah menghadapi ujian hidup hehehehe
Padamterima kasih...