Isnin, 15 Disember 2014

Demam kali pertama - 20.11.14 - 22.11.14



Wahai anak kesayangan kami,
Demam kali pertama ini amat merisaukan kami...
berapa banyak klinik kami jajahi,
semoga sentiasa sihat dan kuat hendaknya.

Khamis, 11 Disember 2014

Hasil kreatif seorang Jiran

Kak So ada jiran yang pandai mengait dan menyulam
terima kasih kepadanya,
hadiahkan anak Kak So sebiji hasil tangan,
amat bermakna pada kami....
terima kasih Jiran,
Semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati keluarga jiran Kak So ini...





Isnin, 8 Disember 2014

Cameron highland punya hal hihihi

Satu Kenangan,

satu - satunya barang kenangan yang Kak So beli adalah sekaki payung yang tulis cameron highland bercorak buah strawberi hihihi.. itu pun sebab hujan, kalau tidak hujan memang tak membeli apa-apa la jawabnya hihihi


Selasa, 18 November 2014

Isnin, 17 November 2014

Petua nak tahu bilangan anak





Tahu tak caranya tu.... ke baca tajuk jer tadi hihihihih
tapi cara ini hanya terpakai semasa bersalin jer, sebab nak tengok kat uri kan...
sebenarnya bukan kat uri, tapi kat tali pusat yer...
cer kira ada berapa biji kat situ...
haaaa kat situ la boleh tahu bilangan anak yang kita akan peroleh
Insyaallah...


TAPI..... TAPI...
semua ini dengan izin dariNya....
bukan la kita tahu rahsiaNya...
Nama pun petua kan
hihihih
Selamat mencari yer semua hihihihih


Sabtu, 15 November 2014

Selamat datang wahai anak yang ditunggu selama 7 tahun

Alhamdulillah...
Bila betul-betul Kak So melepaskannya...
Allah beri kejutan untuk Kak So

Sujud syukur....


Jumaat, 19 September 2014

Luahan hati Encik

"Abang rasa macam mati hidup balik dengan cahaya mata yang Allah swt kurniakan pada kita. 
Alhamdulillah syukur ku padaMu ya Allah"


11 September 2014
8:38pm

Khamis, 28 Ogos 2014