Khamis, 10 November 2011

Tolong ingat kan aku!

Sila Tanya Suami Ku...

1. Sudah cukupkah dandanan isterimu ini?

2. Sudah wangi kah isterimu ini?

3. Berserikah muka isterimu ini menyambut kepulangan mu wahai suamiku?

4. Cantik dan kemaskah pakaian isterimu ini?

5. Sesuaikah berat badanku ini dengan citarasamu wahai suamiku?

6. Senyuman isterimu ini mampukah meredakan gelisah hatimu wahai suami ku?

7. Adakah isterimu ini pengurus rumahtangga yang baik?

8. Wangi dan kemaskah kamar beradu kita wahai Suami ku?

Peringatan untuk tahun hadapan

Encik : Tahun depan kita buat korban pula yer... insyaallah kalau ada rezeki lebih kita buat yer... Bukan mahal mana pun...

Kak So : wokey.... (ehhh tapi Kak So punya akikah dah buat ker? tanya dalam hati jer)

masih memikirkan soalan ini!!!

Rabu, 9 November 2011

Hadiah dari Mak dan Abah

Ini adalah hadiah dari Mak dan Abah sempena nak mengambil SPM... Mahal betul pada zaman tu rasanya hehehehe... Walhal RM26.40 kot tak silap Kak So. Jauh beli ni... Abah dan Mak suruh Kak So pilih sendiri.. Jadi ini adalah hadiah dari Abah dan Mak, tapi pilihan Kak So... Gumbira....



Ahad, 6 November 2011

lain kali, cakap siang pandang-pandang tau...

Ini alkisahnya berlaku pada Kak So menyambut Encik di luar rumah nak masuk kedalam rumah sambil membawa barang yang dibeli oleh Encik, kami sembang-sembang berdua kuat gamaknya :

Kak So : Beli kat mana?

Encik : Kat kedai Jawa, biasalah mereka........ (Kak So tak ingat baris ayatlah....)

Petang itu kami dalam perjalanan pulang ke kampung Encik untuk Hari raya Qurban, Kak So buka la FaceBook Mobile.... ermmm terkejut keluar ayat ni dari JIRAN Kak So sendiri tu... Kak So tunjuk pada Encik


Jumaat, 4 November 2011

Hadiah untuk Encik

Sudah lama tak bagi hadiah untuk Encik...
Encik suka kalau bab-bab terima hadiah ni, sengih memanjang ler dia nanti hehehehe
so... fikir punya fikir...
Kak So hadiahkan la Encik ini, Sarung tangan untuk naik motosikal dia nanti....

errrr sepatutnya sarung ni untuk buat kerja-kerja pertukangan kah kah kah

Rabu, 2 November 2011

Hadiah TERAKHIR Dari Abah

Ini adalah hadiah Abah sebelum dia "Pergi Tak Kembali Lagi".....
Berusaha dia suruh Mak pergi belikan juga Kain pasang untuk anak-anaknya buat Baju Raya...


Kain raya terakhir dari Abah untuk Kami.....


Ahad, 30 Oktober 2011

Lebatnya Hujan yang Engkau curahkan dibumi ini

Jumaat 28.10.2011 - Maha suci Engkau wahai Tuhan ku, tiada la aku mampu menghalang kemampuanMu....

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tetamu Allah


Semoga Bonda menjadi Tetamu Allah dimasa akan datang....
Anakanda tiada kemampuan untuk menolong kecuali sedikit sedekah yang didoakan atas nama Bonda agar mendapat jemputan dariNya...
Maafkan anakanda ini Bonda... Semoga doa anakanda diterima olehNya...

Jumaat, 28 Oktober 2011

30 Minit Ustaz Don

erm.... ini la berita hangat dunia Kak So hehehhe.... Suka tengok rancangan ini Best... Mula-mula ke udara ustaz ni kelamkabut sikit, sekarang ustaz sudah tenang... Best tau...

diambil dari http://www.facebook.com/30minitustazdon

Rabu, 26 Oktober 2011

Terima Kasih Encik

Ucapan yang tidak terhingga kepada Encik kerana menghadiahkan Kak So senaskah ini... Moga-moga Kak So semakin rajin selak menyelak naskah ini...

Eh... betul Hadiah ker???  Kena tanya Encik balik la.... la la la..



Isnin, 24 Oktober 2011

Sahabat yang baik Hati...

Mr Kuek : Kak So, Kenapa saya tengok U makin Kurus sangat ni?
Kak So : Ye ker… Saya rasa macam biasa sahaja… Mungkin sekarang saya tiada selera makan la Kuek, susah nak makan…
Mr Kuek : saya tengok u semakin kurus… U better cari doctor Tanya dia…
Kak So : Ok.. Terima kasih Kuek…
Mr Kuek : its ok la… tapi saya risau tengok U makin kurus la…

Terima kasih Kak So ucapkan kepada Mr Kuek yang Hencem (heheheh), bertanya khabar…  Dia memang baik hati, bersopan dengan Kami dipejabat, maksud Kak So bukan dibuat-buat, secara semulajadinya sifatnya begitu…  Terima Kasih Kuek…

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kak So!!!! Bestnya Kawen

"Kak So!!!!! BESTNYA KAHWIN"....
Kata seorang kawan Kak So beberapa minit yang lalu.... hehehehe...

"Best la Kak So, Kawen dulu baru Bercinta" "Tak terucapla Kak So... Terasa Indah, mengenali dan dikenali selepas kawen best la Kak So" Patut la orang dulu kawen dulu baru bercinta heheheehe

Isnin, 17 Oktober 2011

Hadiah Pertama daripada Abah dan Mak

Keluarga Kak So bukan la dari keluarga berada... Setakat Abah koje polis, mak suri rumah nak menyara anak-anak seramai tujuh orang sederet setiap tahun manalah Abah ada lebihan duit nak bagi hadiah-hadiah ini... Apa pun rezeki tetap ada... mungkin bukan dalam bentuk Tunai mungkin dalam bentuk lain... Kak So tak tahu, nanti korek-korek cerita lama dengan Mak... hehehehe...

So punya la lama nak dapat hadiah, tu pon jenuh merayu menangis bagai... Setiap kali Mak dan Abah Kak So nak pergi ke pasar Kak So selalu 'nangis-nangis bagai' ikut adik-adik Kak So nangis yang nak ikut mak abah hahahaha